ADUN wanita Melayu DAP Skudai, JB umum tidak pertahan kerusi, bersara dari politik

Puan Marina Ibrahim mewakili Pakatan Harapan (PH) menang kerusi DUN Skudai pada PRN Johor 2022 dengan majoriti lebih 13,000 undi, menewaskan calon BN dan Perikatan Nasional (PN), lapor Berita Harian.

Tamparan kepada DAP?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Skudai, Johor Bahru, Puan Marina Ibrahim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Wakil rakyat DAP itu yang menjadi penyandang kerusi pertama memilih untuk berundur menjelang pilihan raya, menegaskan keputusan berkenaan dibuat selepas berbincang dengan keluarga serta penyokong rapat.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi berhubung masa depan politik beliau yang pertama kali bertanding dan menang pada PRN 2022 mewakili Pakatan Harapan (PH), ketika timbul desas desus mengenai kemungkinan PRN diadakan pada Ogos ini.

Marina berkata, beliau berhasrat untuk kembali memberi tumpuan kepada kerja kemasyarakatan yang disifatkannya sebagai satu panggilan jiwa dan sentiasa dekat di hatinya.

"Saya membuat keputusan untuk tidak bertanding dan berundur daripada arena politik," Berita Harian memetik Marina sebagai berkata ketika memberitahu New Straits Times.


Pada PRN Johor 2022, Marina memenangi kerusi Skudai dengan majoriti lebih 13,000 undi, menewaskan calon daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Walaupun tidak menyatakan sebab khusus mahu meninggalkan politik, beliau menjelaskan, setiap fasa kehidupan mempunyai penghujung tersendiri dan keputusan itu tidak bermakna dirinya akan berhenti berkhidmat kepada masyarakat.

Katanya, beliau akan terus melaksanakan tugas sebagai ADUN sehingga wakil rakyat baharu dipilih.

Jika terdapat kelemahan atau perkara yang tidak memenuhi harapan sesetengah pihak, saya dengan rendah hati memohon maaf. Saya hanya manusia biasa," katanya sambil merakamkan penghargaan kepada penyokong, sukarelawan dan kakitangan atas segala sumbangan yang diberikan.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri