Posts

Showing posts from March, 2021

Kini PM, MB dan KM berkuasa guna dana tanpa perlu kelulusan legislatif

Image
  Undang-undang baharu Lim Guan Eng bimbang dan kesal SATU undang-undang yang membenarkan perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui legislatif sepanjang penguatkuasaan darurat, telah diluluskan. Ini bermakna, Perbendaharaan Malaysia, menteri besar atau ketua menteri boleh menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan masing-masing tanpa kelulusan wakil rakyat. Perkara ini digariskan dalam ordinan yang dikeluarkan hari ini. Ia memperkenalkan dua seksyen baru, iaitu Seksyen 10a dan 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021. Ordinan baru ini juga menggantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946, yang berkaitan kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan. Parlimen dan semua sidang DUN telah digantung sejak 11 Januari lalu menerusi proklamasi darurat. Sepanjang tempoh itu, cabang eksekutif boleh melulusk

GE14 defeat didn't make Najib agree to an Emergency

Image
  The final days of a warrior  "My public persona is different today"  Referring to the bossku moniker  THE moment when Barisan Nasional was defeated in GE14, former premier Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak revealed that he was advised to push for an emergency on the night of May 9, 2018. However, Najib said he refused to declare the Emergency, as it could lead to widespread chaos and bloodshed across the country. “After 60 years, Barisan was defeated. My name was forever going to be etched in history. What was I supposed to do? “I was counseled by options with many people around me and one of the options was to declare an emergency, which I outright rejected. “Because I know that it would lead to chaos and even bloodshed. That will surely take a toll on my conscience, ” he said during his speech at the Malaysia Democracy Forum at Intercontinental Hotel on yesterday, Tuesday 30 March, 2021. During his speech, Najib also recounted the events on 9 May 2018, which he described o

Bekas Timbalan Pendakwa Raya antara pembocor maklumat

Image
  34 pegawai dan anggota agensi penguatkuasa disyaki ada hubungan dengan sindiket jenayah terancang itu Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan berlaku kebocoran maklumat semasa Ops Pelican 3.0 bagi memburu ketua sindikiet pengubahan wang haram terbesar di negara ini, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan ahli kumpulan itu, Malaysiakini melaporkan semalam, berasaskan laporan Bernama . Beliau berkata mereka yang membocorkan maklumat berkenaan adalah daripada kalangan pegawai dan anggota polis sendiri. “Hasil soal-siasat yang dibuat, berlaku kebocoran maklumat dan akibat kebocoran itu Nicky Liow berjaya memindahkan sejumlah besar wang yang dibawa keluar dari premis. "Hal itu, dilihat apabila saksi terlibat dan saksi berkenaan yakin itu adalah wang tunai sebagaimana yang dipaparkan di media sosialnya dengan wang yang ditaburkan di atas lantai,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di Kuala Lumpur semalam. Selain itu, Abdul Hamid berkata siasatan juga mendapati

Filem Malaysia menang anugerah di Singapura dan Rusia

Image
  Ray Lee Penerbit dan sutradara Belapan Hidup : Infeksi Zombie MEMBANGGAKAN negara, apatah lagi belanjawan menghasilkan karya ini diperoleh daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), filem Belaban Hidup : Infeksi Zombie mencapai kejayaan membanggakan di festival filem 'indie' di Singapura dan Russia, lapor Berita Harian . Bukan sekadar mengungguli kategori Seram dan Sains Fiksyen bagi genre filem cereka di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021, filem Belaban Hidup : Infeksi Zombie meraih trofi Filem Cereka Terbaik dan Filem Seram Terbaik di International Symbolic Art Film Festival 2021 di Russia. Kemenangan itu membuktikan filem terbitan Hornbill Films Sdn Bhd dan Harry Aziz Entertainment Sdn Bhd itu memiliki keunikan tersendiri dengan mengetengahkan budaya Dayak di Sarawak. Penerbit dan pengarahnya, Ray Lee , 45, berkata, pada awalnya mereka hanya mencuba nasib dengan menghantar karya berkenaan ke beberapa festival filem luar negara, namun, tidak disangk