Kini PM, MB dan KM berkuasa guna dana tanpa perlu kelulusan legislatif

 Undang-undang baharu
Lim Guan Eng bimbang dan kesal

SATU undang-undang yang membenarkan perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui legislatif sepanjang penguatkuasaan darurat, telah diluluskan.

Ini bermakna, Perbendaharaan Malaysia, menteri besar atau ketua menteri boleh menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan masing-masing tanpa kelulusan wakil rakyat.

Perkara ini digariskan dalam ordinan yang dikeluarkan hari ini. Ia memperkenalkan dua seksyen baru, iaitu Seksyen 10a dan 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

Ordinan baru ini juga menggantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946, yang berkaitan kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan.

Parlimen dan semua sidang DUN telah digantung sejak 11 Januari lalu menerusi proklamasi darurat.

Sepanjang tempoh itu, cabang eksekutif boleh meluluskan undang-undang baru dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong tanpa melalui legislatif.

Dalam reaksi segera, Malaysiakini melaporkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata eksekutif "menghukum" Parlimen dan kini boleh meluaskan perbelanjaan tanpa kelulusan rakyat.

Apa yang lebih buruk, kata bekas Menteri Kewangan itu, undang-undang baru itu menyatakan kerajaan persekutuan boleh meluluskan perbelanjaan tambahan dengan kelulusan Perbendaharaan Negara, yang menurutnya berada di bawah Menteri Kewangan yang tidak diundi rakyat.

"Ini menunjukkan mengapa Parlimen penting dan perlu dibuka. Tiada sebab untuk tidak berbuat demikian," kata pemimpin kanan Pakatan Harapan itu.



Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis