Sama juga dengan awak semasa menjadi Pesuruhjaya SPRM dulu

Politik kelas kambing memang begitu

Walaupun bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijatuhi hukuman penjara kerana menyelewengkan dana 1MDB, namun peguam dan aktivis Cik Latheefa Koya berkata dia tiada banyak sebab untuk meraikannya, lapor Malaysiakini semalam.

Bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu membangkitkan isu pilih kasih antara apa yang berlaku terhadap Najib dan beberapa ahli politik lain yang sebersekutu dengan Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim.

“Keadilan jenayah mesti dilaksanakan secara saksama dan undang-undang mesti diterapkan sama rata. Orang ramai tahu ini tidak berlaku.

“Najib ke penjara — tetapi mereka yang berada di peringkat tertinggi kerajaan Sabah, sekutu politik kerajaan Madani, yang dirakam dalam video menerima rasuah — masih bebas seperti burung,” katanya.

“Dan (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi), sekutu utama PMX — yang tanpa sokongannya kerajaan Madani akan tumbang — kes rasuahnya digugurkan — begitu sahaja,” tambahnya.

Latheefa merujuk kepada dakwaan skandal rasuah perlombongan di Sabah yang membabitkan beberapa pemimpin negeri dan wakil rakyat, yang dirakam berbincang mengenai dakwaan suapan.

Pada 2023, Zahid, Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Latheefa turut merujuk satu lagi kes melibatkan bekas pembantu politik Anwar, apabila SPRM “dengan sangat cepat dan secara terbuka” membersihkan namanya, dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

“Betapa baiknya mereka bertindak begitu pantas untuk membersihkan namanya.

“Sebaliknya, ada pihak lain dikejar tanpa henti oleh SPRM. Mungkin mereka bersalah, mungkin tidak. Tetapi 'double standard' itu jelas.

“Jadi, saya tidak meraikan. Kerana seorang bekas perdana menteri mungkin boleh disabitkan tetapi kita masih belum mempunyai sistem keadilan jenayah yang adil, berkecuali dan telus yang boleh menimbulkan keyakinan dalam kalangan rakyat di sini dan di peringkat global.

“Adakah kita akan pernah memilikinya,” soalnya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim