Menteri campur tangan, kata bekas pengerusi Lembaga Getah Malaysia

 Ahli Parlimen Jerantut rela disiasat SPRM

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali campur tangan dalam LGM Properties Corporation (LGMPC).

FMT melaporkan bekas pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), Ahmad Nazlan Idris menafikan dakwaan beliau terlibat dalam skandal tanah membabitkan perbadanan milik LGM iaitu, LGM Properties Corporation (LGMPC).

Ahli Parlimen Jerantut itu berkata, ketika memegang jawatan sebagai pengerusi, Lembaga Pengarah LGM mengambil berat isu kegagalan urus tadbir LGMPC iaitu perbadanan milik LGM menyebabkan tiga jawatankuasa ditubuhkan selain tindakan serta langkah penambahbaikan turut dilaksanakan LGM.

“Namun menteri (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali) telah campur tangan dan membiarkan LGMPC (berjalan seperti biasa).

“Dalam isu sewaan tanah sebanyak 70 sen sekaki, LGM hanya bersetuju lima tahun campur 10 tahun namun menteri mahukan 5+10+10 menjadikan 25 tahun. Hasil yang boleh diperoleh LGM selepas 25 tahun melebihi RM1 bilion jika diuruskan dengan cara yang lebih baik berbanding hasil awal RM42 juta kepada syarikat milik rakyat Turki,” katanya dalam kenyataan.

Nazlan mengulas dakwaan mengaitkan dirinya dalam skandal itu selepas sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan beberapa surat rasmi bertarikh 18 Disember, 6 Januari dan 11 Mac yang didakwa berkait tanah dimiliki LGM dan penglibatan Khairuddin dalam skandal itu.

Khairuddin didakwa meluluskan pajakan tanah di Lot 20013 Jalan Ampang kepada Al-Noor Foundation dengan harga 70 sen sekaki persegi berbanding harga pasaran RM2.50 sekaki untuk tempoh 15+10 tahun dengan kenaikan kadar pajakan 10% setiap lima tahun.

Dakwaan kedua membabitkan Lot 20012 di Jalan Ampang seluas 8.89 ekar yang dicadang dijual kepada Eurowhite Sdn Bhd pada harga RM1,032.92 sekaki sedangkan harga pasaran adalah sekitar RM1,400 sekaki.

Mengulas lanjut, Nazlan berkata tindakan terakhir dilakukannya sebelum kontraknya tamat adalah menulis surat kepada Jabatan Warisan Negara kerana tanah itu adalah tanah warisan.

“Harus saya tekankan segala tuduhan terhadap diri saya (berkaitan skandal) adalah tidak benar dan saya telah cuba bersama dengan ahli lembaga pengarah yang lain menjalankan tugas dengan penuh integriti.

“Saya bersyukur dengan kerjasama ahli lembaga pengarah yang sangat bertanggungjawab dan saya juga rela disiasat SPRM mengenai perkara ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Nazlan turut memaklumkan beliau ada menerima surat lantikan daripada Khairuddin dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebagai pengerusi Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang baharu dan menolak tawaran itu.

Khairuddin pada 28 Mei lalu membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan liar mengaitkan beliau dan mendakwa ia berniat jahat yang sengaja dilakukan pihak tertentu untuk merosakkan dan mencalarkan imejnya.



Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!