MAHATHIR PM9, TENGKU RAZALEIGH TIMBALAN?

 Mahathir di belakang drama politik Malaysia?

Walaupun populariti Mahathir sedang merudum, kepintaran beliau sebagai pakar strategi tidak boleh dipandang rendah

SESUATU di luar dugaan para penganalisis politik mungkin berlaku di sidang parlimen November ini.

Majoriti mencukupi menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Sebagai balasan, Dr Mahathir akan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai timbalannya sebelum dinobatkan sebagai PM10.

Perdana Menteri dua kali itu dikatakan mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin politik mengenai cadangan membentuk kerajaan perpaduan, demikian menurut laporan Malaysiakini berdasarkan makluman dari sumber yang rapat dengan Dr Mahathir.

Sumber itu mengesahkan bahawa Dr Mahathir telah bertemu dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada hari Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad pada hari Selasa, dan Presiden Amanah Mohamad Sabu semalam.

"Perbincangannya adalah untuk membentuk kerajaan perpaduan," kata sumber itu.

Ketiga-tiga pertemuan itu dilaporkan diadakan di kediaman Dr Mahathir di Seri Kembangan, Selangor.

Ditanya mengenai ketidakhadiran pemimpin DAP dalam pertemuan itu, sumber itu menjawab, "setakat ini mereka yang ada dalam gambar yang sudah datang".

Sumber itu menambah bahawa "pintu mereka masih terbuka" kepada mana-mana pihak yang ingin berbincang mengenai perkara itu dengan Dr Mahathir.

Sebelum ini, laman Facebook kelab penyokong Mahathir, Kelab Che Det menyiarkan tiga gambar yang dikaitkan dengan pertemuan berkenaan.

"Ketika Negara diuji, kerajaan perpaduan adalah formula terbaik. Parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang dan sebaliknya hanya kepentingan negara sahaja yang diutamakan. Ini juga menyambut baik saranan Yang di-Pertuan Agong supaya berhenti berpolitik.

"Jika penubuhan kerajaan perpaduan berlaku, diharap ia bukan sahaja membela kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia berbilang kaum, malah boleh memberi fokus kepada usaha pemulihan ekonomi negara yang semakin mencabar kesan akibat pandemik Covid-19, pergolakan politik dan kedudukan ekonomi global yang tidak tentu," kata kenyataan yang mengiringi gambar berkenaan di Facebook.

Perkembangan itu hadir ketika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berdepan cabaran dari dalam dan luar gabungan Perikatan Nasional yang diterajuinya.

Muhyiddin juga mempunyai tugas untuk memastikan Belanjawan 2021 yang dijangka dibentangkan pada 6 November mendapat sokongan majoriti ahli parlimen, untuk membuktikan dia masih mendapat keyakinan daripada ahli Dewan rakyat untuk kekal sebagai perdana menteri.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini menyeru semua ahli politik menyokong belanjawan itu yang disifatkan penting dalam usaha kerajaan menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.


oleh Fauzi Kadir  untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Perunding Editorial
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!