VAJIRALONGKORN RAJA TERKAYA DI DUNIA

Kekayaan Raja Thailand timbulkan kemarahan rakyat di negara itu


The people are now angry at him.Raja Thailand dan permaisuri

MENURUT laporan  CEOWorld Magazine, raja terkaya di dunia pada masa ini ialah raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn.

Laporan itu menyatakan kekayaan peribadi baginda dianggarkan antara US$30 bilion (RM125 bilion) hingga US$43 bilion (RM179 bilion).

He's the richest monarch in the world.

Raja Maha Vajiralongkorn, raja Thailand

Sebagai perbandingan, Sultan Hasanal Bolkiah, raja negara Brunei, memiliki kekayaan peribadi bernilai US$28 bilion (RM116 bilion).

Suatu ketika dahulu, terutama pada tahun-tahun 70an dan 80an, Sultan di sebuah negara kecil yang dilimpahi hasil minyak itu pernah dinilai sebagai orang paling kaya di dunia.

Wait What The Sultan Of Brunei Is Not The Wealthiest Monarch In The World

Sultan Hasanal Bolkiah, raja Brunei

Raja di sebuah lagi negara kaya hasil minyak iaitu Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, memiliki kekayaan sebanyak US$18 bilion (RM75 bilion).

Financial Times melaporkan kekayaan Vajiralongkorn diperolehi dari warisan selepas menaiki takhta pada bulan Disember 2016, apabila Biro Harta Diraja Thailand memindahkan keseluruhan portfolio tersebut kepada baginda.

Harta diraja yang dilaporkan bernilai puluhan bilion dolar Amerika, sebelum ini disimpan atas nama diraja bagi pihak monarki.

Keresahan dan tunjuk perasaan yang secara berterusan sedang melanda Thailand akhir-akhir ini telah menonjolkan serta menarik perhatian rakyat tentang kekayaan peribadi Raja Vajiralongkorn.

Para penentang bertanya dengan lantang bagaimana wang pembayar cukai boleh dimasukkan ke akaun bank peribadi baginda.


Olahan semula dari laporan Bahasa Inggeris yang disiarkan Rojak Daily, Astro Digital Publications. Gambar-gambar dari Rojak Daily.

oleh Fauzi Kadir  untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Perunding Editorial
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Penjelasan Tengku Zafrul umpama Hail Amir tanya Uji Rashid

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Kes-kes bunuh diri terjun jambatan di Kelantan membimbangkan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?