Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Di waktu diberitakan bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima rawatan di sebuah hospital semalam, selepas pengsan dan tidak sedar, timbul pula pengedaran aktif banyak kali berita seperti di atas di media sosial menerusi platform WhatsApp.

Ismail Sabri dikejarkan ke pusat perubatan swasta selepas dilaporkan rebah secara tiba-tiba pada tengah malam kelmarin.
Gambar fail BERNAMA

Tidak mustahil ada pihak sengaja memprovokasi dan mengeksploitasi perkembangan kesihatan Ahli Parlimen Bera itu dengan kisah yang memperlihatkan ciri-ciri amalan rasuah.

Namun bukan juga ini bermakna berita itu tidak benar. Mungkin juga ia benar-benar berlaku.

Timbul juga tanda tanya, sebagai ahli parlimen biasa, adakah beliau masih mempunyai setiausaha politik?

Kita tunggu maklum balas dari pihak berkenaan serta laporan rasmi dari media selepas ini.

Ismail Sabri kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya.

Terdahulu, media melaporkan Ismail Sabri dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba pada tengah malam kelmarin.

Perkara ini disahkan anak beliau, Nashriq yang memaklumkan bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

"Benar, dimasukkan ke hospital pagi tadi. Sekarang bapa dalam keadaan stabil," katanya.

Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Dalam pada itu, Nashriq turut memohon doa orang ramai agar bapanya dikurniakan kesihatan yang baik seperti sedia kala.

Media sebelum ini dimaklumkan mengenai laporan bekas Naib Presiden UMNO itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas pengsan dan tidak sedarkan diri.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana