Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana
BEGITULAH RESAM DUNIA
Adakah dia menjadi kambing hitam Kumpulan Tebuk Atap para individu pelbagai parti?
Tunggulah PRU akan datang.
Hassan Karim pun pernah berkata Ismail Sabri pemimpin hebat.
Salah satu jasa dia ialah campur tangan beri pilihan kepada pengguna membayar tol di lebuh raya. Kalau tidak, semua orang kena beli dan pakai RFID.
Selepas UMNO, Barisan Nasional (BN) pula tampil menegaskan bahawa parti gabungan itu tiada sebarang kaitan dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, demikian menurut laporan media.
Seperti dilapor Malaysiakini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata dia juga tidak menerima sebarang pemakluman berkaitan mana-mana pihak cuba mengaitkan kes dihadapi bekas naib presiden UMNO itu.
"(Setakat ini) tak adalah yang kita dengar hal sedemikian (mana-mana pihak mengaitkan kes Ismail Sabri dengan BN).
"Seperti dimaklumkan, jika (terdapat sebarang) isu terkait dengan individu (dalam parti) ia tiada kaitan dengan BN.
"Isu terkait dengan individu biarlah diuruskan dengan individu terbabit, tetapi yang mustahaknya biarlah proses berjalan seperti dimaklumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, malam tadi (kelmarin)," portal itu memetik Zambry sebagai berkata pada sidang media di Parlimen, semalam.
Terdahulu, UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di rumah individu tertentu, dalam siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dipetik sebagai berkata, parti itu memandang serius sebarang cubaan mengaitkannya dengan siasatan SPRM.
Ismail Sabri dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan perbelanjaan serta perolehan dana bagi kempen promosi Keluarga Malaysia ketika pentadbirannya.
Ini susulan serbuan SPRM terhadap sebuah premis yang dikaitkan dengan beberapa pegawai bekas perdana menteri, dan merampas kira-kira RM170 juta wang tunai dirampas dan 16kg jongkong emas.
Setakat ini, SPRM telah merekodkan keterangan daripada 31 individu dan membekukan 13 akaun bank berjumlah sekitar RM2 juta.
Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa siasatan terhadap Ismail bermotifkan politik.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment