Syabas Anwar kerana menjunjung titah Agong, sekarang G2G

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong telah mengeluarkan amaran keras, baginda tidak mahu ada campur tangan politik dan amalan rasuah dalam proses perolehan Kementerian Pertahanan

Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal konsisten dalam usaha memerangi rasuah, termasuk urusan pembelian aset dan sistem pertahanan negara sekarang kini dilaksanakan menerusi perolehan kerajaan kepada kerajaan (G2G) tanpa melibatkan ejen atau komisen, demikian agensi berita rasmi negara Bernama melaporkan hari ini.

Sudah tentulah agensi berita kerajaan ini mesti menyokong kerajaan of the day. Permadu Malaysia berpandangan langkah yang baik ini mesti disokong semua. Malah, ia seharusnya dipraktiskan sejak dari dahulu lagi, sebagai contoh, sejak Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memegang jawatan Menteri Pertahanan. Kalau hendak sedap lagi, dari zaman mula merdeka pada tahun 1957.

Perdana Menteri berkata langkah itu sebahagian daripada pendekatan baharu yang diambil kerajaan bagi memastikan ketelusan dan perkara itu turut dibincangkan secara rasmi dengan pihak kerajaan Perancis dan Itali baru-baru ini.

“Perkara ini belum pernah berlaku sebelum ini kerana pembelian senjata lazimnya merupakan antara sektor yang paling terdedah kepada amalan rasuah, tempat di mana wang rakyat sering diseleweng.

“Jadi apa prinsip asas kita? Jalankan urusan secara terus antara kerajaan dan elakkan kaedah lama yang membuka ruang kepada pengambilan komisen atau penyelewengan,” katanya dalam temu bual bersama saluran berita antarabangsa, France 24, yang disiarkan menerusi platform dalam talian semalam.

Dalam program berjudul Tête-à-tête yang dikendalikan Marc Perelman itu, Anwar turut ditanya mengenai dakwaan kononnya beliau meneruskan perseteruan politik dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarganya melalui siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengulas perkara itu, Anwar menegaskan siasatan berkaitan rasuah dijalankan secara telus, membabitkan pelbagai pemimpin termasuk yang berada dalam gabungan kerajaan serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

“Bukan soal sama ada seseorang itu bekas Menteri Kewangan atau bekas Perdana Menteri. Itu tidak penting. Persoalannya, dari mana datangnya berbilion ringgit ini? Anak-anak mereka sendiri mengisytiharkan di bawah sumpah bahawa mereka memiliki lebih daripada RM1 bilion.

“Saya anggap menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan budaya rasuah seperti ini dihentikan. Selain itu, sebarang wang yang dicuri daripada rakyat mesti dikembalikan kerana kita mahu memperbaiki sekolah-sekolah dan membantu golongan miskin,” katanya.

Anwar ketika ini berada di Rio de Janeiro bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS, selepas mengadakan lawatan kerja ke Rom, Itali dan Paris, Perancis bermula 1 Julai lepas, kata Bernama.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?