Semua orang akhirnya akan mati, kata Mahathir sempena hari lahir ke-100
Mahathir turut merakamkan rasa terharu dengan ucapan selamat hari lahir dan doa daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Bekas perdana menteri Malaysia sebanyak dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad bersyukur dipanjangkan umur ke-100 tahun pada majlis kesyukuran dan doa selamatnya, malam tadi.
Seperti laporan media yang meraikan berita hebat ini, tokoh berasal dari Kedah itu, ketika berucap dalam majlis itu, turut mengakui perasaan takut apabila umurnya mencecah tiga angka.
“Takut umur 100 tahun. Selalu dua angka. Saya sampai tiga angka.
“Kita sedar akhirnya di ‘sana’ juga. Saya berdoa ramai (yang) hadir (pada majlis ini) akan terus meningkat hari lahir yang ke-100,” katanya pada majlis kesyukuran dan doa selamat sempena ulang tahun kelahirannya.
Kira-kira 500 jemaah menghadiri majlis yang diadakan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Mahathir tiba bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali kira-kira jam 7.33 malam dan disambut ahli keluarga dan rakan-rakan.
Majlis itu juga diadakan sempena ulang tahun kelahiran Siti Hasmah yang bakal disambut pada 12 Julai.
Turut hadir ialah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin PN seperti Timbalan Presiden Bersatu, atuk Seri Hamzah Zainudin.
Majlis bermula dengan solat maghrib dan diikuti bacaan yassin, tahlil serta doa selamat, dan diakhiri dengan jamuan.
Menurut FMT, Mahathir adalah anak bongsu daripada sembilan beradik, dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah.
Dikenali ‘Bapa Pemodenan’ Malaysia, beliau juga mencatat rekod sebagai perdana menteri paling lama berkhidmat.
Mahathir menerajui kerajaan Barisan Nasional dari 1981 hingga 2003, dan menerajui kerajaan Pakatan Harapan dari Mei 2018 hingga Februari 2020.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment