Memperkenalkan Puteri Reformasi baru — yang lama hilang, lenyap dan senyap
SATU-SATUNYA TINGGAL PEMIMPIN DAP YANG BERANI
Semalam, seorang pemimpin Gerakan mengecam DAP kerana berdiam diri berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan badan kehakiman, dengan membangkitkan pendirian lantang parti itu sebelum ini dalam mempertahankan prinsip pengasingan kuasa, kata portal berita Malaysiakini yang seperti tidak lagi menyokong gabungan Pakatan Harapan dan kerajaan perpaduan Madani.
DAP jadi bisu, penakut dan semacam bersubahat bila dah jadi kerajaan
WAJAH-WAJAH PENAKUT
SERBA SALAH
“Di manakah Lim Kit Siang, pemimpin agung DAP yang dihormati itu?” soal Timbalan Pengerusi Gerakan Perak, Encik Naran Singh (gambar bawah) dalam satu kenyataan kepada portal berkenaan.
Naran mempersoalkan sikap Tan Sri Lim Kit Siang sebelum ini yang lantang mengkritik kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai identitinya sebagai seorang Melayu dan rakyat Malaysia, namun membisu dalam isu kehakiman.
“Sudah tentu kebebasan badan kehakiman adalah isu yang jauh lebih berat — satu perkara yang sewajarnya mendapat perhatian Lim sekali lagi. Bukankah ini lebih penting daripada perdebatan sama ada Muhyiddin ‘Malaysian first’ atau ‘Malay first’?” tambahnya.
Naran yang juga seorang peguam turut menyasarkan kritikan terhadap Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Pengangkutan Encik Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Jelutong Encik RSN Rayer dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, Encik M Kulasegaran yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).
“Di manakah setiausaha agung DAP? Dia pastinya faham bahawa kebebasan badan kehakiman — tonggak utama mana-mana demokrasi yang berfungsi — sekurang-kurangnya sama penting, kalau tidak lebih penting, berbanding urusan kereta api dan bas.
“Rayer terkenal pantas bersuara dan sering bangun dalam Parlimen. Jadi, di manakah dia sekarang? Sebagai seorang peguam, dia sepatutnya sangat prihatin tentang keadaan badan kehakiman. Dan bagaimana pula dengan Kulasegaran yang juga seorang peguam? Juga tidak kelihatan.
“Mereka tahu bahawa tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan akan tamat.
“Apa yang mereka lakukan?” soalnya merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa kerajaan sedar akan kebimbangan orang ramai terhadap isu itu.
Sebaliknya, Naran memuji pendirian Ahli Parlimen DAP, Puan Teresa Kok kerana dilihat menyokong gesaan sembilan Ahli Parlimen PKR — yang diketuai oleh Datuk Seri Rafizi Ramli — untuk menubuhkan RCI.
“Setakat ini, Teresa kelihatan satu-satunya pemimpin DAP yang berani dan berpendirian untuk bersuara. Yang lain semuanya hilang,” tambahnya.
Pada Isnin lalu, Rafizi dan lapan lagi Ahli Parlimen PKR menggesa penubuhan RCI serta Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung reformasi institusi bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam kehakiman.
Mereka mahu RCI menyiasat dakwaan bahawa kerajaan mengabaikan cadangan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) sebelum persaraan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, termasuk pencalonan bagi jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.
Mereka turut menimbulkan kebimbangan bahawa JAC telah dipanggil pada Jumaat lalu tanpa notis 10 hari seperti yang diwajibkan untuk mencadangkan calon baharu.
Rafizi menyamakan dakwaan ini dengan skandal Encik VK Lingam, di mana rakaman perbualan telefon pada tahun 2002 mendedahkan usaha mempengaruhi pelantikan kehakiman.
Bagaimanapun, kata Malaysiakini, Jabatan Peguam Negara kemudian menyangkal isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PKR itu dan menyifatkan perbandingan dengan skandal VK Lingam sebagai tidak sesuai.
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment