Kebimbangan serius terhadap penglibatan PM dalam pelantikan hakim


Malaysiakini melaporkan hari ini bahawa Sekretariat Pertahan Sistem Kehakiman menggesa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mengemukakan usul tergempar kepada Dewan Rakyat agar wakil rakyat dapat membincangkan isu pelantikan hakim.

Dalam surat terbuka ditandatangani bersama Ketua Penerangan Pejuang Encik Rafique Rashid dan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) Datuk P Waytha Moorthy, badan itu melahirkan kebimbangan terhadap isu tersebut yang dianggap kian meruncing serta mengancam kebebasan institusi kehakiman.

Kata mereka, implikasi daripada laporan polis yang dibuat oleh seorang penyelidik undang-undang berkaitan seorang hakim Mahkamah Persekutuan sangat membimbangkan dan memerlukan penelitian segera.

Mengulas lanjut, sekretariat itu turut membangkitkan kebimbangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai kuasa menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pelantikan hakim di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

“Pada masa sama, kata mereka, Anwar sedang berdepan prosiding undang-undang termasuk saman sivil terkait dakwaan gangguan seksual oleh bekas pembantu beliau, Encik Muhammad Yusoff Rawther.

"Isu perlembagaan yang dirujuk oleh perdana menteri kepada Mahkamah Persekutuan untuk kekebalan peribadi, peranannya menjadi satu kebimbangan serius.

"Lebih membimbangkan lagi terdapat laporan yang boleh dipercayai bahawa pelantikan kehakiman tertentu seperti pelantikan bekas Peguam Negara Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh ke jawatan penting dalam badan kehakiman meskipun namanya tidak pernah disyorkan oleh JAC (Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman) menimbulkan persepsi bahawa pelantikannya ke Mahkamah Persekutuan dibuat atas pilihan peribadi perdana menteri," katanya.

Justeru, kata sekretariat itu, Hamzah perlu mengambil langkah segera mengemukakan usul tergembar agar sidang Dewan Rakyat dapat menilai kelayakan Anwar selaku perdana menteri yang menasihatkan Agong berhubung pelantikan hakim.

"Kami juga mencadangkan pelantikan hakim tambahan di bawah Perkara 122(1A) bagi mengendalikan kes melibatkan perdana menteri.

"Selain itu, kami meminta Majlis Raja-Raja menangguhkan pelantikan baru sehingga kes berkaitan perdana menteri selesai dan memulakan prosiding di bawah Perkara 127 untuk bincang kelakuan hakim terlibat," katanya.

Untuk rekod, sekretariat itu ditubuhkan susulan sesi meja bulat yang dipengerusikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan lalu.

Menurut mereka, laporan polis yang disebut itu menunjukkan ada dakwaan salah laku yang serius dibuat terhadap seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang masih berkhidmat dan ia mungkin berpunca daripada peranannya sebagai Peguam Negara sebelum ini.

"Ini bukan sekadar tuduhan, tetapi kebimbangan serius yang perlu ditangani. Dakwaan ini juga berkemungkinan mencetuskan Artikel 125(3) Perlembagaan Persekutuan, yang membolehkan tribunal dibentuk.

"Laporan penyelidik undang-undang tersebut mengandungi pengakuan secara tersirat dan tiada penafian oleh bekas Peguam Negara terhadap dakwaan tersebut.

"Tindakan hakim tersebut bukanlah untuk menafikan dakwaan, sebaliknya memohon siasatan polis ke atas kebocoran maklumat, yang menimbulkan kebimbangan bahawa ini adalah percubaan untuk menutup isu sebenar," tambah sekretariat itu.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital