Hasnah Mohammed Hashim jalan kuasa dan tugas Ketua Hakim Negara

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim (gambar, atas) akan menjalankan kuasa dan tugas jawatan Ketua Hakim Negara sehingga jawatan itu diisi, media di Malaysia melaporkan hari ini.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan hari ini berkata, ia selaras Perkara 31A Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Seksyen 9 (1) (b) dan seksyen 9 (3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].

Menurutnya, pelaksanaan tugas itu turut merangkumi fungsi Ketua Hakim Negara di bawah Perlembagaan sehingga jawatan tersebut diisi.

Menurut Perkara 9(1), sekiranya pada bila-bila masa, disebabkan oleh penyakit, ketiadaan dari Malaysia atau apa-apa sebab lain, Ketua Hakim Negara tidak dapat menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatannya (termasuk fungsinya di bawah Perlembagaan), atau sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan itu.

Perkara 9(1)(a) pula menyatakan, maka kuasa itu boleh dijalankan dan tugas boleh dilaksanakan oleh Presiden Mahkamah Rayuan (PCA) atau sub-seksyen (b), oleh Hakim Besar Malaya sekiranya PCA tiada di Malaysia atau tidak dapat bertindak, atau sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan itu.

Kenyataan itu berkata, Badan kehakiman Malaysia sentiasa kekal teguh dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjaga keadilan dan akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk rakyat dan negara.

Jawatan Ketua Hakim Negara kosong selepas Tun Tengku Maimun Tuan Mat memegang jawatan itu selama enam tahun dengan mencipta sejarah sebagai wanita pertama memegang jawatan tertinggi kehakiman itu, bersara wajib pada Rabu lalu.

Sebelum bersara wajib, Tengku Maimun menyempurnakan tugasnya sebagai Ketua Hakim Negara dengan mempengerusikan dua prosiding termasuk rayuan akhir kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Tengku Maimun dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa pada 2 Mei 2019 bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital