Apa sebenarnya yang Hassan Karim mahu?


9 Ahli Parlimen PKR mesti bertanggungjawab jika kerajaan Madani tumbang, kata Hassan Karim

Tindakan sembilan Ahli Parlimen PKR yang diketuai Datuk Seri Rafizi Ramli mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu kehakiman dilihat sebagai petanda bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seperti dilapor Sinar Harian, Ahli Parlimen Pasir Gudang Encik Hassan Abdul Karim dipetik sebagai berkata, jika RCI itu dibentuk kelak, Anwar selaku Perdana Menteri yang mempunyai kuasa perlembagaan dalam pelantikan hakim tidak dapat mengelak daripada disiasat.

"Anwar menjadi suspek utama yang mesti disiasat oleh RCI. Ini adalah implikasi daripada tuntutan sembilan Ahli Parlimen PKR sendiri.

“Tanpa persetujuan Perdana Menteri dan Kabinet, tuntutan mereka ini hanya akan terus memburukkan imej Anwar serta kerajaan pimpinannya. Sembilan Ahli Parlimen PKR ini sebenarnya meletakkan tengkuk Anwar di bawah 'guillotine', seperti dalam Revolusi Perancis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, Selasa 8 Julai 2025.

Isu dibangkit sah, bermerit dan semua orang sudah tahu

Hassan bagaimanapun mengakui isu kehakiman yang dibangkitkan kumpulan berkenaan adalah sah, bermerit dan kini menjadi 'elephant in the room' atau rahsia terbuka yang tidak boleh diabaikan.

"Tindakan mereka progresif, radikal dan popular dalam kalangan rakyat. Tetapi adakah sembilan Ahli Parlimen PKR ini bersedia jika tindakan mereka mengakibatkan Anwar tumbang?

"Jika ya, maka jelas sedang berlaku pemberontakan dalam PKR sendiri,” katanya.

Menurut beliau, tindakan sembilan Ahli Parlimen PKR itu, walaupun menjadi contoh demokrasi Parlimen yang baik, namun dari segi politik parti, ia adalah satu bentuk penentangan langsung terhadap Presiden PKR yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Anwar kini berada dalam keadaan defensif, kerajaan Madani semakin lemah dan integritinya tercalar dengan isu kehakiman ini. Adakah mereka sudah memikirkan dengan mendalam kepentingan jangka panjang negara, cita-cita reformasi dan perjuangan politik PKR, bukan sekadar kelangsungan politik seorang Anwar?.

“Jika benar, maka tindakan sembilan Ahli Parlimen PKR ini adalah cabaran paling serius, sengit dan berani daripada Ahli Parlimen senior PKR sendiri terhadap kepimpinan Anwar,” katanya.

Hassan juga melihat perkembangan itu menunjukkan ramai pemimpin PKR, khususnya Ahli Parlimen, sudah hilang sabar dan keyakinan kerana melihat kerajaan Madani terlalu banyak berkompromi sehingga wujud unsur hipokrasi dalam banyak perkara.

“Apabila Anwar pulang dari lawatan luar negara, tugas utama beliau ialah menangani tuntutan sembilan Ahli Parlimen ini dengan bijaksana. Ini bukan isu kecil, tetapi sangat serius, ibarat buku bertemu ruas dalam partinya sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, Hassan menegaskan bahawa beliau masih yakin terhadap kepimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri dan akan terus mempertahankan kerajaan Madani.

Semalam, Isnin 7 Julai, sembilan Ahli Parlimen PKR mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam pelantikan hakim dan keputusan kes mahkamah yang kini mencetuskan kebimbangan terhadap kebebasan institusi kehakiman negara.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, kemelut berhubung pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman perlu diberi perhatian segera kerana situasinya kini dilihat mirip skandal video peguam Encik VK Lingam pada 2007 yang membabitkan cubaan mempengaruhi pelantikan Ketua Hakim Negara ketika itu.

Sidang media itu turut dihadiri Ahli Parlimen Setiawangsa, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Ampang, Puan Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Subang, Encik Wong Chen; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Encik Zahir Hassan; Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik; dan Ahli Parlimen Ledang, Tuan Syed Ibrahim Syed Noh.

Dua lagi Ahli Parlimen PKR yang tidak hadir namun menyokong pendirian berhubung reformasi institusi kehakiman itu ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, Encik S. Kesavan dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Encik Onn Abu Bakar.

Akmal Nasir melompat sokong Anwar dan Nurul Izzah?

Bagaimanapun, kelibat penyokong kuat Rafizi iaitu Ahli Parlimen Johor Bahru, Encik Akmal Nasrullah Nasir tidak kelihatan. Beliau yang juga seorang timbalan menteri, dipercayai sudah menukar pendirian dengan melompat menjadi penyokong Anwar dan Puan Nurul Izzah Anwar.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?