Tiba-tiba, Zaid Ibrahim lihat PAS parti terbaik di Malaysia

PAS mampu bawa Malaysia lebih jauh seperti kepimpinan ulama Iran, kata Zaid Ibrahim

Sebelum ini, peguam dan juga tokoh politik ini sering mengkritik PAS sebagai sebuah parti yang menggunakan nama Islam untuk kepentingan perjuangannya sendiri.

Antara kritikan termasuklah pendekatan PAS yang memberi keutanmaan kepada sesuatu yang bukan prioriti.

Contohnya, kesungguhan PAS mahu menukar uniform pramugari MAS, mungkin disebabkan mereka sendiri tidak dapat menahan melihat keseksian pramugari wanita itu.

Agak mengejutkan, tiba-tiba tokoh ini memandang tinggi pula kepada Parti Islam Se-Malaysia.

Malaysiakini hari ini melaporkan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, berkata PAS mampu membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi jika parti itu menggabungkan prinsip moral yang jelas dengan tadbir urus yang baik dan pendekatan yang inklusif.

Dalam satu kenyataan, Zaid yang pernah menganggotai parti UMNO, PKR, DAP, Kita dan lain-lain itu, turut menegur pihak yang sering meremehkan keupayaan PAS.

“Sejarah membuktikan bahawa kepimpinan ulama mampu memimpin negara dalam waktu sukar. Lihat saja Iran.

“Dengan bimbingan Majlis Ulama — sekumpulan ulama berpegang teguh kepada prinsip ideologi — Iran bukan sahaja mampu bertahan, malah kekal berdikari walaupun berdepan perang dan sekatan ekonomi bertahun-tahun daripada kuasa besar dunia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

PAS, yang merupakan sebahagian daripada PN, kini mempunyai jumlah kerusi terbanyak di Dewan Rakyat iaitu 43 kerusi, dan mengetuai kerajaan negeri di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Namun, Zaid mengakui ulama PAS mungkin belum setanding dengan tokoh ulama di Iran.

Katanya, kelemahan utama PAS ialah kegagalannya menjelaskan visi nasional parti itu secara berkesan.

Walaupun begitu, PAS tetap mempunyai banyak kelebihan seperti disiplin organisasi yang kukuh dan kemampuan mendekati rakyat akar umbi.

Tambahnya, satu lagi kekuatan PAS ialah pemimpinnya yang bebas daripada skandal rasuah.

Walaupun tidak menyatakan, beliau mungkin memberi bayangan bahawa PAS juga tidak terlibat dalam isu gangguan seksual sejenis mahupun berlawanan jenis.

“Pemimpin mereka umumnya bersih daripada skandal kewangan, dan ini memberi kelebihan untuk membanteras sistem yang korup.

“Dengan kepimpinan dan visi yang betul, PAS mampu membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik,” katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book