Sekali pandang janggal, dua kali nampak okay, tiga kali?

Mampukah yang kalah memberi kemenangan?

Puan Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai pengarah pilihan raya bersama PKR, media melaporkan pada Sabtu 21 Jun 2025.

Sekali pandang kelihatan janggal kerana mereka berdua sendiri tewas dalam PRU15 yang lalu, diberi tanggungjawab memimpin PKR dalam PRU16 nanti, yang mesti diadakan pada atau sebelum November 2027.

Dua kali pandang pula tiada yang menghairankan kerana pemimpin yang menang dalam PRU15 sekalipun belum tentu dapat mengemudi jentera parti dengan baik untuk persispan pilihan raya. Nurul dan Saifuddin kalah, dari perspektif lain, menunjukkan mereka mungkin boleh memberi tumpuan lebih baik kerana punya lebih banyak masa terluang disebabkan tidak berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Tiga kali pandang pula, kita tengok sahajalah hasilnya nanti.

Seperti dilapor Malaysiakini, Ketua Penerangan Datuk Fahmi Fadzil berkata biro politik PKR dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengadakan mesyuarat kelmarin, dengan ahli merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat Datuk Seri Rafizi Ramli.

Rafizi - yang baru-baru ini meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi selepas tewas dalam mempertahankan jawatan timbalan presiden parti kepada Nurul Izzah.

Nurul Izzah sebelum ini merupakan pengarah pilihan raya PKR dari 2022 hingga 2025.

“Mesyuarat turut merakam setinggi-tinggi perhargaan di atas pengorbanan, sumbangan serta khidmat bakti mantan timbalan presiden dan pimpinan lainnya, serta berharap agar mereka akan masih memberi sumbangan kepada parti dan perjuangan.

"Mesyuarat turut membincangkan isu-isu semasa termasuk perihal geopolitik dan ekonomi global, serta tahap persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah,” kata Fahmi dalam satu kenyataan pada hari berkenaan, 21 Jun.

Dalam bicarawara yang baru dilancarkan pada 20 Jun, Rafizi menyatakan keyakinannya bahawa tidak ada sebab untuk dia kekal dalam kabinet sekiranya jawatan menteri itu menyebabkan dia kehilangan keupayaan untuk menyuarakan pandangan tertentu.

Sementara itu, Fahmi mengumumkan bahawa pelantikan bagi jawatan yang lain kekal sama.

Puan Fuziah Salleh (Setiausaha Agung), Encik William Leong (Bendahari Agung), Fahmi (Ketua Penerangan), dan Encik Mustapha Sakmud (Pengerusi Sabah) kesemuanya mengekalkan jawatan mereka.

Peletakan jawatan Rafizi daripada parti itu disusuli oleh sekutunya Ahli Parlimen Setiawangsa Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, yang meletak jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar selepas gagal mempertahankan jawatan ketua bahagian dan naib presiden.

Pemilihan PKR menyaksikan perpecahan di kalangan ahli, dengan pengkritik tertanya-tanya sama ada kemenangan Nurul Izzah adalah disebabkan oleh nepotisme kerana bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah presiden parti dan perdana menteri.

Pemilihan itu juga menyaksikan dakwaan penyelewengan, yang mendorong pucuk pimpinan parti mengadakan mesyuarat tergempar.

Fenomena 'badan tanpa kepala' muncul semasa pemilihan bahagian, dengan beberapa kumpulan memenangi pemilihan jawatankuasa, namun gagal dalam pertandingan untuk ketua bahagian.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital