Pesara wanita, 77, nikah profesor bergelar Datuk, 81, di Rembau

Sepasang remaja bercinta bernikah 50 tahun kemudian

Di REMBAU, Negeri Sembilan, seorang wanita warga emas tidak menyangka akan bertemu jodoh buat kali pertama pada usia 77 tahun.

Puan Azizah Alias, kini Datin, seorang pesara kerajaan, terbuka hati menerima Profesor Datuk Dr Md Sham Kassim, 81, sebagai suaminya selepas mereka kembali berkenalan melalui anak saudaranya yang juga bekas pelajar kepada profesor berkenaan.

Seperti dilapor Sinar Harian, pasangan ini selamat diijabkabulkan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Kampung Lada di Rembau, hari ini, Sabtu 28 Jun 2025.

Menurut Azizah, tidak sukar baginya untuk menerima pelawaan Md Sham untuk kembali berkawan kerana mereka pernah saling mengenali ketika zaman sekolah dahulu.

“Saya dapat mesej daripada anak saudara yang beritahu pensyarahnya mahu berkenalan dengan saya.

“Bila tengok namanya, rupa-rupanya kami saling mengenali ketika zaman sekolah dulu,” katanya.

Menurut Azizah, dari situlah bermula kembali perkenalannya dengan suami selepas lebih 50 tahun terpisah sebelum mereka masing-masing bersetuju untuk hidup bersama.

Ujarnya, beliau terbuka hati menerima Md Sham kerana yakin lelaki itu adalah suami terbaik untuknya.

“Saya juga dapat galakan daripada adik-beradik dan anak saudara untuk menerima suami,” katanya.

Tambahnya, bukan tidak pernah ada lelaki yang menaruh perasaan terhadapnya ketika muda, namun hatinya tidak pernah terbuka untuk menerima sesiapa pada ketika itu.

Bagaimanapun, Azizah berkata beliau tidak pernah rasa tertekan hidup bersendirian dan sentiasa yakin bahawa jodohnya akan tiba pada waktu yang ditentukan.

“Saya percaya jodoh saya akan sampai suatu hari nanti. Tapi bila masa itu, saya tak pasti. Setiap orang ada jodoh masing-masing.

“Dengan izin ALLAH, saya dipertemukan dengan suami, dan saya rasa dia adalah suami terbaik untuk saya,” katanya.

Sementara itu, Md Sham yang merupakan bekas pakar perubatan kanak-kanak dan bekas pensyarah berkata, beliau mengenali Azizah sejak di bangku sekolah, namun hubungan mereka tidak rapat dan terputus selepas beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Bagaimanapun, katanya, selepas kematian isterinya enam bulan lalu, beliau terfikir untuk mencari semula Azizah.

“Selepas kematian isteri, hidup saya terasa sunyi dan saya teringatkan semula Azizah.

“Saya minta bantuan bekas pelajar saya, yang juga anak saudara Azizah, untuk mendapatkan nombor telefonnya dan sejak itu kami kembali berhubung,” katanya yang mempunyai empat anak dan enam cucu.

Tambahnya, beliau tertarik dengan perwatakan Azizah yang ramah dan baik hati.

Beliau juga mengakui bahawa pada awalnya anak-anaknya kurang bersetuju dengan keputusannya untuk berkahwin semula.

“Tapi saya beritahu anak-anak yang saya perlu teruskan hidup kerana pada usia ini, saya perlukan teman. Akhirnya mereka bersetuju,” katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital