Pengkritik tegar PAS ucap syabas kepada Pemuda PAS
Dalam satu kenyataan yang jarang berlaku, seorang penulis blog yang juga merupakan penganalisis politik terkenal, telah memuji sayap Pemuda Parti Islam Se-Malaysia kerana telah membuat keputusan dan mengambil langkah berani dan serius.
Pada Ahad, 15 Jun 2025, Tuan Syed Akbar Ali berkata, buat kali pertama dalam sejarah, beliau menyokong keputusan Pemuda PAS yang diketuai oleh YB Afnan Hamimi Taib Azamudden (di tengah, gambar atas) yang sedang berusaha membangkitkan isu-isu besar yang melanda rakyat dan negara kita.
'Masalah ekonomi negara, keadaan rakyat marhaen yang makin terhimpit, masalah kewangan kerajaan persekutuan (yang makin meruncing), isu-isu jijik dan kotor yang melibatkan pemimpin, penggunaan kuasa undang-undang secara agresif yang menimbulkan banyak persoalan, masalah rasuah yang berterusan, ketandusan visi atau arah negara yang boleh difahami rakyat dan pelbagai masalah lagi," katanya.
Beliau seterusnya berkata: "Jadi saya mengucapkan syabas kepada Pemuda Pas di bawah pimpinan Saudara Afnan Hamimi Taib Azamudden (YB) atas usaha mereka untuk menyuluh isu-isu ini."
Syed Akbar berkata demikian menerusi satu hantaran di blog beliau, OutSyed The Box pada hari berkenaan.
Beliau turut berkongsi rakaman video ucapan Ketua Pemuda PAS itu, seperti di bawah:
TONTON VIDEO
Sebelum ini, Syed Akbar dikenali sebagai pengkritik tegar kepada parti PAS.
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment