Makanlah buah-buahan tempatan, seru Mat Sabu

Sempena menyambut Hari Buah Nenas kebangsaan 

Kerajaan akan mempergiat semula Kempen Makan Buah-Buahan Tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada buah-buahan import, selain membantu meningkatkan pendapatan petani di seluruh negara.

Hidangan rasmi negara

Menurut Bernama, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata semua agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, disaran menyajikan buah-buahan tempatan dalam setiap hidangan rasmi sebagai tanda sokongan terhadap hasil pertanian domestik.

“Kerajaan memang menggalakkan rakyat makan buah-buahan tempatan sejak dahulu lagi. Jika ada hidangan rasmi kerajaan, kita minta supaya buah-buahan tempatan disajikan kerana kita mahu mengutamakan hasil tempatan dan membantu para petani kita,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Nanas Malaysia 2025, hari ini.

Mohamad berkata kempen tersebut akan dilancarkan secara rasmi di Tawau, Sabah pada 5 Julai ini sebelum diperluas ke negeri-negeri lain secara berperingkat.

Beliau berkata pelbagai jenis buah tempatan seperti nanas, durian dan nangka bukan sahaja berpotensi untuk pasaran domestik, malah berdaya saing di peringkat eksport.

Pada 20 Jun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan semua jabatan kerajaan supaya tidak menggunakan barangan import, khususnya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan.

Mohamad berkata arahan tersebut bukan sahaja menyokong pertumbuhan ekonomi negara, malah dapat memperluas peluang pasaran untuk para petani dan pengusaha pertanian dalam negara.

Dalam ucapannya, beliau turut memuji kejayaan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang berjaya meningkatkan pengeluaran nanas negara sehingga melepasi RM1 bilion.

“Alhamdulillah, pengeluaran nanas kita sudah mencukupi untuk kegunaan domestik, sebarang peningkatan selepas ini adalah untuk tujuan eksport. LPNM, pihak swasta dan juga individu telah menyahut cabaran kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran sehingga kini melebihi RM1 bilion,” katanya.

Beliau turut memuji inisiatif kerajaan Sarawak membangunkan varieti baharu nanas dikenali sebagai Sarawak Gold 1 (SG-1), yang menunjukkan hasil tinggi dan daya tahan penyakit.

“Saya telah melawat ladang di Sungai Tukau, Miri. Hasil SG-1 memang tinggi dan kalis penyakit. Ia boleh dituai lebih awal, sekitar setahun berbanding varieti biasa yang memakan masa kira-kira 14 bulan,” katanya.

Mohamad berkata lebih satu juta benih SG-1 telah mula dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia, bagi diperluas penanamannya secara berperingkat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sehingga tahun lepas, keluasan tanaman nanas di Malaysia telah mencapai hampir 19,000 hektar, dengan 13,000 hektar daripadanya merupakan keluasan berhasil.

“Jumlah pengeluaran telah mencecah 520,000 metrik tan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1.3 bilion. Ini merupakan peningkatan 17 peratus dari segi kuantiti dan 34 peratus dari segi nilai berbanding tahun 2023,” katanya.

Mohamad berkata peningkatan itu, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pendapatan rakyat, dengan data lapangan menunjukkan purata pendapatan pengusaha nanas kini hampir RM9,000 sebulan.

Setakat ini, terdapat lebih 8,000 pengusaha serta 308 syarikat bersaiz kecil, sederhana dan besar yang terlibat secara aktif dalam industri nanas negara, sekali gus mencerminkan peningkatan minat masyarakat terhadap tanaman tersebut.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital