Ketua Pemuda UMNO steady setuju debat dengan siswa, Ketua AMK PKR didakwa pembodek, penakut, lari

Selepas dianggap bacul dan bodoh oleh Pemuda UMNO Malaysia, kumpulan Federasi Pemuda Kebangsaan diberitakan menghubungi pemimpin sayap parti UMNO itu dan persetujuan dicapai - mereka akan berdebat.

Penyelaras kumpulan terbabit, Encik Muhammad Fakrurrazzi Khairur Rijal, seperti dilapor Malaysiakini hari ini, sebagai berkata Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Akmal Saleh, sudah bersepakat untuk mengadakan sesi debat itu pada 1 Julai ini.

Berkenaan lokasi, Muhammad Fakrurrazzi berkata ia akan diadakan di Rumah Mandiri, Petaling Jaya Selangor.

Encik Muhammad Fakrurrazzi Khairur Rijal

“Saya ada ternampak satu posting (hantaran) di instagram Malaysiakini mengenai berita Akmal nak jumpa mahasiswa 'bodoh, kurang ajar' yang membakar karikatur Anwar.

“Saya nak memaklumkan yang saya sahut seruan Akmal. Saya telah menghubungi Akmal sendiri dan kami bersetuju untuk berdebat pada 1 Julai,” katanya kepada portal berita yang semakin lantang mengkritik Anwar itu.

Pagi tadi Akmal dilaporkan mengecam tindakan peserta penunjuk perasaan di Sabah yang membakar karikatur Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pemuda PKR bersuara berani tapi bersua lari

Beliau yang juga Exco Melaka menyifatkan peserta yang berbuat demikian sebagai bodoh dan kurang ajar.

Akmal turut mengundang individu yang berbuat demikian untuk mengadakan pertemuan dengannya.

“Kepada adik mahasiswa yang rasa berani kerana berjaya bakar gambar Anwar, anda sebenarnya seorang yang bacul dan bodoh.

“Jika tidak berpuas hati dengan kenyataan saya, boleh aturkan perjumpaan dengan saya. Tolong maklumkan saya tempat dan masa, insya-Allah abang akan sampai untuk jumpa adik-adik depan-depan,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Muhammad Fakrurrazzi turut mengucapkan terima kasih kepada Akmal kerana berani untuk bertemu dengan mahasiswa.

Pemuda PKR penakut, pembodek

Namun, dalam nada yang lebih tegas, dia mencabar Ketua Pemuda PKR, Encik Kamil Munim, agar tidak mengelak daripada bersemuka dengan kumpulan pelajar yang tidak berpuas hati kepada kerajaan.

Encik Kamil Munim didakwa penakut dan kaki bodek PM

“Sekarang ini saudara Kamil bila nak jumpa? Jangan buat-buat senyap, acah-acah busy (sibuk). Kau itu Ketua Pemuda PKR je, bukan ketua parti.

“Jangan jadi bacul, bersuara berani, bersua lari,” katanya lagi.

Aksi membakar karikatur Anwar itu berlaku di akhir bantahan pelajar terhadap isu rasuah yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad lalu.

Karikatur yang dibakar itu turut disertakan kenyataan “Madani Pelindung Rasuah Sabah”.

Jurucakap Sekretariat Rakyat Benci Rasuah, Encik Fadhil Kasim berkata kain rentang tersebut melambangkan kritikan pedas terhadap pentadbiran Anwar, yang didakwa mereka sebagai gagal menunaikan janji berkaitan reformasi institusi.

Antara kritikan lain terhadap Anwar adalah berhubung pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah. Ahli politik berusia 74 tahun yang juga bekas Ketua Menteri Sabah itu pernah berdepan 46 pertuduhan rasuah di mahkamah pada 2018.

Bagaimanapun, Musa dibebaskan dan dilepaskan daripada semua pertuduhan apabila pendakwa raya menarik balik kes terhadapnya pada Jun 2020, ketika di bawah pentadbiran perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital