Dakwaan guna aset wakaf melabur dalam perniagaan judi dan nombor ekor

Ahli Jawatankuasa Selamatkan Harta Kolej Islam Malaysia menunjukkan laporan polis yang dibuat serta bukti-bukti yang telah dikumpul untuk kes penyalahgunaan harta wakaf Kolej Islam Malaysia yang bernilai hampir RM10 bilion.

Media melaporkan semalam bahawa aset wakaf milik Kolej Islam Malaya (KIM) yang dianggarkan bernilai hampir RM10 bilion didakwa telah disalahgunakan termasuk dilaburkan ke dalam saham syarikat perjudian dan nombor ekor.

Seperti dilapor MalaysiaGazette, Setiausaha Ahli Jawatankuasa Selamatkan Harta Kolej Islam Malaysia, Firdaus Ahmad Azzam mendakwa, nilai keseluruhan aset itu dikatakan melebihi skandal 1MDB.

“Bayangkan betapa sedihnya pewakaf dahulu yang mewakafkan harta untuk pendidikan dan agama, tetapi wang mereka digunakan untuk beli saham judi. 

“Ini satu pengkhianatan terhadap amanah wakaf,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Firdaus yang bercakap mewakili Persatuan Bekas Siswa Kolej Islam Malaya Selangor (PBSKIM) mempersoalkan bagaimana Kolej Islam yang sepatutnya berkembang sebagai universiti Islam akhirnya diserap ke dalam Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Manakala aset-asetnya kini dikendalikan oleh Lembaga Amanah Kolej Islam Malaya (LAKIM).

Firdaus Ahmad Azzam bercakap pada sidang media mengenai kehilangan harta wakaf Kolej Islam Malaya di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 13 JUN 2025

“Sampai hari ini, wang dan harta itu masih dipegang LAKIM. Apa yang terjadi dengan amanah wakaf ini? Ramai tokoh termasuk ahli Parlimen sejak tahun 1978 mempersoalkan kedudukan aset ini,” soalnya.

Firdaus turut menyatakan kebimbangannya terhadap gangguan yang berlaku ketika siasatan sedang dijalankan.

“Pegawai penyiasat kata kes ini sangat ‘solid’. Tapi bila mereka mula hubungi pihak-pihak tertentu untuk dapatkan kenyataan, tiba-tiba ada ‘gangguan’. 

“Saya sendiri tidak dapat hubungi pegawai itu lagi. Macam kes ini ghaib… seperti hilangnya KIM itu sendiri,” dakwanya.

Selain itu, perintah mahkamah dikatakan telah memberi kuasa ke atas aset-aset wakaf diperoleh kepada pihak bukan dilantik oleh Majlis Raja-Raja, iaitu individu tertentu yang mendakwa diri sebagai pengurus amanah.

“Dia telah guna nama KIM yang kononnya dah dibubarkan, sedangkan Majlis Raja-Raja tak pernah bubarkan. 

“Perintah itu kemudian jadi asas bentuk lembaga baru dan akhirnya mereka urus semua aset atas nama ‘amanah pendidikan’, tapi yang berlaku ialah urus niaga perniagaan

“Surat amanah asal menyebut matlamat untuk menubuhkan universiti Islam tetapi matlamat itu kemudiannya ditukar kepada perniagaan dan pelaburan komersial, termasuk hartanah dan pegangan syarikat,” tambahnya.

Menurutnya, managing trustee ini dipegang oleh waris berkaitan, yang mana bapa serah kepada anak, anak serah kepada cucu dan akhirnya ia seakan menjadi milik peribadi. 

Pihaknya mendapati banyak aset wakaf milik KIM termasuk di Cyberjaya, Johor Bahru, Jalan Kasipillay dan Shah Alam sudah dijual atau dialih milik.

Persatuan itu juga mendakwa mereka ada bukti yang menunjukkan transaksi melibatkan penjualan tanah wakaf kepada pihak luar, termasuk pembinaan kondominium dan kampus universiti swasta atas tanah asal wakaf.

Penasihat Ahli Jawatankuasa Selamatkan Harta Kolej Islam Malaysia, Datuk Dusuki Ahmad bercakap pada sidang media mengenai kehilangan harta wakaf Kolej Islam Malaya di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 13 JUN 2025

Dalam pada itu, Penasihat Jawatankuasa Selamatkan Harta Kolej Islam Malaysia, Datuk Dusuki Ahmad menyifatkan isu ini sebagai skandal besar umat Islam yang telah berlarutan sejak penubuhan kolej itu pada 1955.

“Wang amanah atau wakaf Kolej Islam itu menjadi misteri. Menjadi suatu rahsia. Tak tahu ke mana perginya.

“Penubuhan lembaga amanah itu pun suatu misteri. Siapa yang menubuhkannya? Kuasa mana yang menubuhkannya?,” soalnya.

Menurutnya, perjuangan menyelamatkan aset wakaf ini bukan isu peribadi tetapi amanah umat Islam secara kolektif yang wajib dipertahankan.

“Kita tidak mahu harta benda KIM disalahgunakan, dijadikan milik atau kepentingan sesuatu pihak tertentu,” tegasnya.

Perbicaraan pertama bagi kes ini akan diadakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 16 Jun ini.

Beliau menyeru pihak berkuasa, media dan masyarakat agar tidak membiarkan isu ini terus tenggelam.

“Hal ini bukan sekadar isu sejarah atau pendidikan. Ini soal harta wakaf dan amanah umat. Jika kita diam, kita bersubahat,” katanya. 

Setakat ini, tiga laporan polis telah dibuat persatuan itu sejak tahun 2019 dan paling terkini adalah pada hari ini bertarikh 13 Jun di IPD Klang Selatan.

KIM merupakan inisiatif Majlis Raja-Raja Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1955 dan hanya beroperasi hanya 15 tahun sebelum ditutup secara misteri pada tahun 1970.

Namun pada tahun 1970, Setiausaha Tetap Kementerian Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah mengarahkan agar KIM dijadikan sebahagian daripada Fakulti Pengajian Islam di bawah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Tindakan ini mencetuskan kontroversi kerana Kementerian Pelajaran tidak mempunyai kuasa ke atas KIM memandangkan kolej itu secara rasmi diletakkan di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja Melayu. 


Sumber berita dari siaran MalaysiaGazette bertarikh 13 Jun 2025.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?