Dah tak ada kuasa, baru cerita pengasingan kuasa

Dah tiada kuasa dan jadi pembangkang, baru nampak tegas, rasional

Media tempatan melaporkan seorang bekas timbalan menteri undang-undang hari ini menggesa supaya siasatan bebas dan menyeluruh dijalankan terhadap seorang hakim kanan, yang baru-baru ini terlibat dalam beberapa siri dakwaan termasuk campur tangan kehakiman.

Seperti dilapor Malaysiakini, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin berkata, sebarang dakwaan yang mempunyai asas terhadap mana-mana hakim perlu disiasat secara menyeluruh dan adil.

"Sebagai ahli parlimen dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), saya ingin menegaskan bahawa prinsip rule of law dan kebebasan badan kehakiman perlu sentiasa dipertahankan dan dilindungi daripada sebarang pengaruh atau campur tangan yang mencemari keadilan.

"Sekiranya terdapat sebarang dakwaan yang berasas terhadap mana-mana hakim, ia hendaklah disiasat secara menyeluruh, bebas, dan adil menurut proses undang-undang yang sewajarnya.

"Mana-mana individu tidak boleh dianggap bersalah tanpa proses perundangan yang sah," katanya dalam satu kenyataan.

Dia turut menyeru semua pihak memberi ruang kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) menjalankan peranannya dalam memilih dan mencadangkan pelantikan hakim.

Mas Ermieyati berkata kerajaan dan semua pihak berkepentingan juga mesti menghormati doktrin pengasingan kuasa dan peranan JAC untuk mencadangkan Ketua Hakim Negara yang akan datang.

"Rakyat berhak mendapat sistem kehakiman yang bebas, bersih dan telus.

"Hanya dengan itu kita dapat memastikan keadilan ditegakkan tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya.

Pada Selasa 24 Jun, media melaporkan bahawa laporan polis yang dibuat bagi pihak hakim kanan, susulan pertanyaan portal berita itu, telah dibocorkan dan tersebar di kalangan pengamal undang-undang.

Laporan polis itu dibuat selepas Malaysiakini menghubungi hakim itu pada 12 Jun bagi mendapatkan ulasan mengenai dakwaan tertentu terhadap hakim itu, termasuk campur tangan kehakiman yang dikatakan, yang dibuat semasa mesyuarat JAC.

Susulan itu, Majlis Peguam berkata ia akan berusaha mendapatkan minit mesyuarat JAC untuk memastikan kebenaran.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital