PAS minta rakyat nilai sendiri konsep politik parti anak beranak

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik sebagai berpendapat keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 mengukuhkan persepsi bahawa parti itu kini jelas sebagai ‘parti anak beranak’, lapor Astro Awani hari ini. 

Keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 mengukuhkan persepsi bahawa parti itu kini jelas sebagai ‘parti anak beranak’, menurut Tuan Ibrahim Tuan Man.
Gambar fail BERNAMA

Beliau berkata, keputusan tersebut pasti memberi kesan kepada landskap politik negara memandangkan PKR merupakan komponen utama dalam kerajaan yang sedang memerintah.

“Apapun, bagi PAS kita tidak campurkan urusan parti lain, walaupun keputusan ini akan mendatangkan kesan kerana ia adalah parti yang menjadi kerajaan yang memerintah,” katanya kepada portal berita berkenaan semalam.

Pada Jumaat, 23 Mei 2025, calon Timbalan Presiden PKR, Puan Nurul Izzah Anwar berjaya merampas jawatan kedua parti itu daripada penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Kata portal itu, Nurul Izzah meraih undi sebanyak 9,803 manakala lawannya, Rafizi memperoleh undi 3,866.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dalam pemilihan PKR, namun mengingatkan bahawa rakyat sedang menilai sama ada janji-janji yang telah dibuat akan ditunaikan.

“Tahniah kepada yang berjaya. Rakyat menunggu sejauh mana Rafizi menunaikan janji dan yang lain yang tewas, apakah akan mengikut jejak dia untuk turut letak jawatan,” katanya.

Pada 10 Mei lalu, Rafizi menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti.

Menurutnya, keputusan itu dibuat sebagai langkah menghormati mandat akar umbi, sambil menegaskan bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan meskipun tidak lagi menganggotai Jemaah Menteri.

Politik wang

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menegaskan, beberapa pendedahan sepanjang kempen Pemilihan PKR 2025 termasuk aduan berkaitan politik wang, perlu disiasat secara serius oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tindakan tegas harus diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang.

“Beberapa pendedahan yang dibuat dalam sepanjang kempen melibatkan aduan politik wang perlu disiasat oleh SPRM dan ia perlu diambil tindakan,” katanya.

Semasa jelajah kempen “Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa” (HIRUK) di Kelantan dan Terengganu, Rafizi dilaporkan berkata, parti itu berdepan risiko amalan politik wang yang dianggap sebagai salah satu bentuk rasuah paling sukar dibuktikan.


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com


End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital