Pakar ajar orang cara menjadi kaya berdepan saman RM24 juta

Sebuah akhbar dan portal Bahasa Melayu melaporkan pengasas Richworks International Sdn. Bhd, Datuk Azizan Osman dan isteri, Hasdiana Ahmad antara empat berdepan tuntutan saman berjumlah lebih RM24 juta daripada bekas pengarah syarikat itu, Datuk Zafrol Rizal Mat.

Menurut akhbar Utusan Malaysia, tuntutan tersebut dikemukakan Zafrol Rizal atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal selaku plaintif melalui notis writ saman yang difailkan kepada Mahkamah Tinggi, di Shah Alam, Selangor pada Khamis lalu.

Beliau menamakan Richworks Academy Sdn. Bhd. (RASB), Azizan, Hasdiana dan kakak iparnya, Hasnita Ahmad selaku Pengarah Eksekutif sebagai defendan dalam tuntutan berkenaan.

Menerusi pemfailan tersebut, beliau mengemukakan 18 tuntutan meliputi pendapatan, pendahuluan pinjaman, tunggakan kad-kad kredit, perbelanjaan bagi hartanah di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, terapi dan persekolahan anak Azizan serta ganti rugi teladan, ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk.

Selain itu, Jerry Rizal juga menuntut deklarasi daripada defendan secara bersama atau berasingan bagi pemilikan harta atau pindah milik hartanah melibatkan sebuah Toyota Alphard, Ferrari Roma, sebuah unit kondominium di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, jam tangan Hublot Spirit of Big Bang dan Rolex Datejust serta cincin Habib Jewels satu karat.

Malah, beliau menetapkan kadar faedah sebanyak lima peratus dari tarikh pemfailan writ itu sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat.

Jerry Rizal dalam Pernyataan Tuntutan menyatakan, plaintif memberikan pinjaman atau pendahuluan kewangan kepada RASB sebanyak RM1.32 juta melalui cek bertarikh 21 Disember 2022 dan 19 Disember 2023 selain RM620,000 bagi pembayaran cukai pendapatan Hasdiana.

“Terdapat pendahuluan diberikan atau dimanfaatkan RASB atas pelbagai tujuan mencecah RM203,828.98 bagi tujuan seperti pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan, ansuran bulanan dan cukai jalan Mercedes GLB milik RASB dan lain-lain.

“Kad-kad kredit plaintif juga digunakan bagi membiayai sebahagian kos operasi harian RASB sejak 2021. Namun terdapat tunggakan penggunaan atau caj mencecah sekitar RM1.6 juta,” katanya.

Malah, dalam pernyataan sama, beliau turut memberitahu membelanjakan wang untuk manfaat peribadi Hasnita antara 2018 hingga 2023 seperti penjagaan anaknya termasuk yuran bagi sesi terapi dan persekolahan berjumlah RM396,551.80.

“Plaintif memplidkan, perbelanjaan tersebut diberikan secara non-gratuitous yang mana perbelanjaan-perbelanjaan tersebut adalah dalam pengetahuan atau sepatutnya dalam pengetahuan Hasnita.

“Dokumen-dokumen berkenaan perbelanjaan ini akan dikemukakan ketika perbicaraan kelak,” tambahnya menerusi pemfailan yang dibuat melalui Tetuan Nazmi Zaini Chambers.

Jerry Rizal dalam pernyataan sama mendakwa dilantik sebagai Pengurus Besar (General Manager) sekitar 2011 sebelum dinaikkan pangkat sebagai pengarah bagi operasi serantau syarikat pada 2013.

“Plaintif memplidkan, walaupun jawatan yang disandang tersebut adalah sebagai pengarah, namun syarikat tidak mendaftarkan namanya sebagai pengarah dalam daftar syarikat RASB di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

“Oleh itu, jawatan pengarah tersebut hanya pada nama semata-mata tanpa sebarang pendaftaran rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” ujarnya, seperti dipetik Utusan Malaysia.


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim