Raja berkualiti tinggi, pewaris takhta Kesultanan Pahang, dapat menjamin institusi Raja-Raja Melayu terus kekal beribu tahun lagi

Tengku Mahkota Pahang (kiri) turun padang memandu sendiri kenderaan membantu mangsa banjir di Temerloh beberapa tahun lalu, bersama seorang pemimpin politik negeri itu, Datuk Seri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin.

Itulah Tengku Mahkota Pahang, pembela keadilan rakyat

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang

Bakal digeruni penjahat, perasuah dan para politikus kelas kambing

Dalam perkembangan yang sedang hangat diperkatakan, media melaporkan bekas pekerja pembinaan yang didakwa diserang sekumpulan individu pada Jun lalu, menjunjung kasih kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Encik Alias Awang, 44 yang kini menganggur berkata, keprihatinan Tengku Hassanal mengenai kesnya itu hingga kumpulan terbabit didakwa di mahkamah amat dihargai.

"Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tengku Mahkota Pahang kerana membantu dan memberikan keadilan kepada saya.

"Bagaimanapun, memandangkan kes ini sudah di mahkamah, biarlah undang-undang yang memutuskan," Berita Harian memetik beliau sebagai berkata pada Khamis lalu, 7 November 2024.

Pada hari yang sama, seorang ahli kerabat diraja Pahang dan anggota polis ialah antara lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di Kuantan atas pertuduhan menyebabkan kecederaan seorang lelaki menggunakan pisau pada Jun lalu.

Tertuduh, Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, 20; Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39; Mohd Fouzi Md Nur, 44; Mohd Taufik Daud, 32; dan Khairul Azhar Rosli, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah serta meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian paha kanan Alias, dengan menggunakan sebilah pisau di kawasan lot tanah bangsal kuda, Jalan Teluk Sisek, di ibu negeri Pahang itu, kira-kira jam 12.20 tengah malam 6 Jun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Media tempatan juga melaporkan kerabat diraja Pahang Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman diheret ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau, Jun lalu.

Pertuduhan itu dibuat kira-kira dua bulan selepas berbagai platform media melaporkan dakwaan serangan terhadap pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan Alias Awang, 44.

Anak Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah itu dituduh bersama Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Fouzi Md Nur, 44, Mohd Taufik Daud, 44, dan Khairul Azhar Rosli, 38.

Tengku Abdul Rahman ialah adik kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Salah seorang daripada tertuduh—Mohd Fouzi—berkhidmat sebagai anggota polis.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan, lapor media.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama mencederakan paha Alias menggunakan pisau di kawasan lot tanah bangsal kuda, Jalan Teluk Sisek di Kuantan pada 6 Januari.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, didenda, disebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu

.Pihak pendakwaan diketuai oleh Pengarah Pendakwaan Pahang Shahrizat Ismail di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Portal berita sensasi Malaysiakini pada 5 September lalu melaporkan seorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan orang didakwa menyerang dan mencederakan Alias menggunakan pisau.

Nama Eddy tidak didedahkan ketika itu kerana dia belum dituduh di mahkamah.

Alias mendakwa seorang rakan kerabat itu menikam pahanya manakala kerabat itu pula menembak ke arah kakinya tetapi tersasar.

Bapa kepada lapan orang anak itu mendakwa dia diserang susulan pertikaian berkaitan isu tanah di Rompin, yang dia terlibat dalam pembinaan jalan di situ.

Ketika dihubungi portal betkenaan sebelum ini, polis berkata menyiasat kes itu dari setiap sudut, tetapi tidak menyatakan dengan jelas sama ada siasatan turut menjurus kepada penggunaan senjata api.

Kes itu turut mendapat perhatian Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang menggesa polis bertindak tegas kerana tiada sesiapa yang lebih tinggi dari undang-undang, termasuk kerabat diraja.

Sementara itu, dalam prosiding hari ini, pihak pendakwaan memohon jaminan RM10,000 dikenakan terhadap setiap tertuduh.

Dia juga mencadangkan syarat tambahan supaya kesemua mereka melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak menggangu mangsa sehingga kes selesai.

Mohon kurang jaminan, masih ditanggung ibu bapa

Bagaimanapun, peguam bela Y Sheelan memohon minimum dalam lingkungan RM5,000 terhadap Tengku Eddie Akasya atas alasan masih ditanggung ibu bapa.

Sheelan juga memohon jumlah sama untuk Nik Norhisham Affendi dan Khairul Azhar yang bekerja sebagai penternak lembu.

Peguam Mohammed Badrulzzaman yang mewakili Mohd Fouzi pula memohon jaminan rendah terhadap anak guamnya yang menyara isteri dan anak yang masih bersekolah.

Majistret kemudian menetapkan jaminan RM7,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan membenarkan semua syarat tambahan dicadangkan pendakwaan.

Majistret juga menetapkan tarikh 11 Disember depan untuk sebutan semula kes.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?