DAP sambut baik cuti hujung minggu Sabtu-Ahad di Johor mulai tahun depan

Seorang puteri jelita dari Kulai menaruh harapan penyelarasan semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025 di negeri Johor dapat menarik lebih ramai pelabur asing dalam usaha meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. 

Puteri berkenaan yang merupakan Timbalan Menteri Komunikasi, Puan Teo Nie Ching berkata, usaha itu mampu direalisasikan selepas Johor berjaya merekodkan nilai dagangan berjumlah RM753 bilion iaitu bersamaan 29 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan negara, tahun lepas.

Ahli Parlimen Kulai itu berkata, tempoh masa yang diberikan sebelum pelaksanaan cuti itu amat bersesuaian bagi agensi kerajaan, swasta dan pelbagai pihak untuk membuat perbincangan penyelarasan agar pelaksanaannya berjalan lancar.

"Semoga urusan pentadbiran awam, swasta, persekolahan, serta pelbagai aspek lain bagi masyarakat Johor keseluruhannya berjalan lebih lancar selepas titah ini dilaksanakan kelak," Sinar Harian memetik Nie Ching sebagai berkata menerusi hantaran di laman Facebook beliau semalam, Isnin. 7 Oktober 2024

Nie Ching pada masa sama menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan dan merestui penukaran cuti hujung minggu itu dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail atas pengumuman berkenaan.

Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail bertitah penyelarasan semula cuti hujung minggu itu mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Dalam perkembangan berasingan, Teo Nie Ching baharu sahaja dinobatkan sebagai Pengerusi DAP negeri Johor menggantikan ahli Parlimen Iskandar Puteri Encik Liew Chin Tong.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital