Kes Bengang — Peguam sendiri yang urus kes cerainya, kebas suami😅

Peguam tersebut berkahwin dengan bekas suami wanita berkenaan selepas dua minggu kes mahkamah mereka selesai.
Gambar Getty Images

Akhbar sensasi Malaysia, Kosmo! memetik berita Agensi mengenai seorang wanita yang kecewa setelah mendapati bekas suaminya mengahwini peguam yang membantunya dalam kes perceraian mereka, 

Laporan Agensi itu pula memetik berita yang dilapor laman berita Legit.

Kisah yang berlaku di Bandar Abuja, Nigeria itu merujuk hantaran di laman Facebook di mana wanita yang identitinya tidak didedahkan itu dikatakan menggunakan khidmat peguam berkenaan bagi kes perceraiannya. 

Namun, dua minggu selepas sah bercerai, peguam tersebut berkahwin dengan bekas suami wanita berkenaan. 

“Peguam yang membantu mengendalikan kes cerai saya telah mengahwini bekas suami, dua minggu selepas prosedur mahkamah selesai,” kata wanita berkenaan. 

Tidak dinyatakan sama ada bekas suaminya mempunyai hubungan sulit dengan peguam tersebut atau hubungan mereka mula terjalin ketika proses perceraian berlaku. 

Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen dengan ramai yang menyebelahi peguam tersebut. 

“Bukankah anda yang mahu bercerai? Mengapa menangis?” soal seorang netizen.

“Anda lambat, anda yang melepas. Kita tidak akan menghargai sesuatu perkara sehingga kita kehilangannya,” kata pengguna media sosial lain.

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital