Mahathir beri bayangan Malaysia selalu mengalah demi menjaga kepentingan Singapura

Tun Dr Mahathir Mohamad

Mahathir sentuh "perkara hebat" sedang berlaku di Johor 

Pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura yang sedang rancak berjalan telah menarik perhatian bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Video terbitan Sinar Harian bertarikh 10 Jun 2024.

Memetik dan mengulas hantaran terbaharu bekas ahli parlimen Langkawi itu di Facebook, akhbar Bahasa Melayu berpengaruh Sinar Harian melaporkan Dr Mahathir sebagai berkata, tiang-tiang konkrit sedang meninggi merentasi Selat Tebrau dan beliau menyifatkan ‘perkara hebat’ sedang berlaku di Selatan.

Menurutnya, walaupun tidak mendengar banyak laporan mengenai projek berkenaan di dalam negara, namun beliau percaya sudah tentu ia tidak boleh dibina tanpa kelulusan Kerajaan Malaysia. 

“Tidak lama lagi 40,000 penumpang akan menaiki RTS setiap hari dari Woodlands di Singapura ke Bukit Chagar di Johor. Sudah tentu kita harus meluluskannya.

“Malaysia sentiasa meluluskan projek oleh Singapura sedangkan negara itu tidak meluluskan cadangan kita untuk menggantikan tambak dengan jambatan.

“(Sedangkan) Jika jambatan dibina, tongkang dan bot boleh berlayar di antara pelabuhan Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas. Pada masa ini, pelayaran dari Pasir Gudang ke Tanjung Pelepas adalah empat kali lebih lama daripada pelayaran terus di sepanjang Selat Tebrau,” katanya hari ini,  Isnin, 10 Jun 2024.

Tambah Dr Mahathir, sudah tentu ia bukanlah sebab Singapura menentang penggantian tambak dengan jambatan tetapi hakikatnya selagi tambak itu ada, tidak mungkin untuk belayar di sepanjang Tebrau dari Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas.

Jelasnya, RTS Link akan merentasi Selat Tebrau di trek bertingkat, yang mana ia tidak direka untuk kapal belayar di antara tiang seperti jambatan Pulau Pinang. 

“Jadi walaupun tambak itu ‘dibongkar’, pergerakan di sepanjang selat antara Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas tidak akan dapat dilakukan. 

“Mungkin sekarang Singapura mungkin melihat dengan baik cadangan Malaysia untuk pembongkaran tambak dan penggantian jambatan. Sementara itu, kita semua boleh menikmati layanan Singapura dalam perjalanan empat kilometer di RTS,” ujar beliau.

Projek RTS Link adalah rangkaian kereta api ulang-alik sepanjang kira-kira empat kilometer dengan dua stesen masing-masing di Bukit Chagar di Johor Bahru dan di Woodlands North, Singapura. 

Dengan kapasiti sehingga 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap arah dan masa perjalanan kira-kira lima minit antara kedua-dua stesen, RTS Link akan menyediakan perjalanan mudah dan selesa antara Singapura dan Johor Bahru.

Sistem pengangkutan yang dianggarkan menelan belanja RM10 bilion itu dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2027.

End©Permadu


Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Muhyiddin says MOU irrelevant, DPM Fadillah denies