Kalau kerajaan tak mahu terbeban, hapuskan pencen menteri, ADUN, ahli parlimen

Banyak netizen mengulas apabila YAB Perdana Menteri Malaysia menyentuh Bebanan Kewangan Kerajaan terpaksa tanggung kerana pembayaran emolumen dan pencen kepada penjawat awam.

Antara komen Netizen yang paling terbaik dibaca ialah tulisan ini:

"Bayaran Pencen yang paling membebankan Kerajaan sebenarnya ialah kepada Ahli Politik, iaitu lebih tinggi Elaun daripada gaji!

Khususnya jawatan PM, TPM, MB, KM, Menteri, Exco, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. 

Sepatutnya mereka bukan Penjawat Awam dan hilang kelayakan daripada menerima skim pencen kerana hanya memegang jawatan selama 60 bulan.

Mereka sepatutnya tidak layak menerima pencen penuh, berbanding dengan Kakitangan Awam yang perlu bekerja selama 240 bulan untuk memenuhi syarat dapat menerima pencen.

Cuba lihat contoh emolumen untuk seorang Menteri Kabinet: 

1) Gaji asas = RM18,000 

2) Elaun Keraian = RM10,500 

3) Elaun perumahan = RM10,800 

4) Elaun Rakyat = RM10,650 

5) Elaun tempat letak kereta = RM10,650 

Sebenarnya mereka tidak membayar untuk meletak kenderaan itu, kerana menggunakan kenderaan rasmi. Selain itu, Kerajaan juga terpaksa membayar emolumen sebanyak RM16,000 sebulan kepada 222 ahli Dewan Rakyat dan RM11,000 sebulan kepada 70 ahli Dewan Negara.

Bayangkan setiap pilihanraya (sekali setiap 5 tahun) wakil yang dipilih berubah dan mereka semua hidup lama, berapa kos pencen untuk bekas wakil yang dipilih? 

Ini lebih membazir dan membebankan berbanding Penjawat Awam yang rendah seperti pembantu umum Gred 11 dengan gaji hanya RM1,216 dan selepas berkhidmat lebih dari 30 tahun, gajinya adalah serendah RM2,983. Jadi pencen hanya berjumlah RM1,491.50 sebulan selama 15 tahun (selepas usia 60 tahun). jika kita mengambil jangka hayat rakyat Malaysia sehingga 75 tahun.

Nota 1: Elaun Parking Kenderaan Menteri lebih tinggi daripada Gaji Gred 44! 

Nota 2: Jika gaji gred terendah pekerja kerajaan adalah RM1,500 termasuk elaun maka gaji seorang menteri bersamaan dengan 37 pembantu umum Gred 11. 

Ahli-ahli politik yang memegang Jawatan, kononnya untuk membela nasib rakyat, sebenarnya mereka hanya mempertahankan nasib mereka sendiri.

Ini mesti diperbetulkan. Ini belum termasuk Ahli Politik yang mengambil kesempatan daripada peluang-peluang lain untuk membuat keuntungan.


Adaptasi petikan dari satu hantaran yang sedang berlegar di media sosial, tanpa diketahui penulisnya.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital