Agamawan bertelagah: Dr MAZA cabar Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus

MUFTI PERLIS SEDIA LETAK JAWATAN 24 JAM, DESAK AZHAR IDRUS KEMUKA BUKTI

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencabar pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus untuk mengemukakan bukti sekiranya benar perkampungan sunnah yang dianjurkan Jabatan Mufti negeri itu sesat dan pernah menghina ulama seperti Imam Nawawi. 

Siti Nur Zawani menulis untuk Harapan Daily, disiarkan portal itu pada 1 Jun 2023.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Beliau yang juga dikenali sebagai Dr MAZA, menerusi rakaman video di YouTube berkata, sekiranya pendakwah berasal dari Terengganu itu dapat membuktikan dakwaan berkenaan perkampungan sunnah, beliau sendiri akan melepaskan jawatan sebagai Mufti Perlis dalam tempoh 24 jam.

“Kalau dia boleh buktikan dalam perkampungan sunnah itu ada hina Imam Nawawi…atau pun dia boleh buktikan dalam ceramah saya ada menghina Imam Nawawi, di dalam tulisan saya ada menghina Imam Nawawi, atau pun di dalam fatwa Perlis ada menghina Imam Nawawi, dalam masa 24 jam saya letak jawatan sebagai Mufti Perlis,” katanya.

Perkembangan ini hadir berikutan jawapan diberikan Ustaz Azhar kepada seorang jemaah yang bertanya pandangannya terhadap perkampungan sunnah yang diadakan bertujuan memperbetulkan umat Islam daripada syirik.

Dalam jawapan itu, Azhar berkata, jika hendak mengajak kepada kebenaran, seseorang itu mestilah dalam kebenaran. Namun jika individu itu pun sesat, bagaimana mahu mengajak ke arah yang benar.

Beliau juga menyebut tentang wahabi, mengatakan; “Kenapa tak boleh ikut wahabi? Kerana kita dilarang mengikut golongan yang mengkafirkan umat Islam. Bukan sahaja orang awam, ulama pun dikafirkannya. Ulamak dikata sesat. Imam Nawawi dikatakan sesat. Imam Hanafi dikatakan ulama jahil. Jangan ikut golongan ini. Nak ikut, ikut Nabi”.

Mengulas kenyataan dilempar itu, Mohd Asri berkata sekiranya Ustaz Azhar gagal membuktikan dakwaannya, ini bererti pendakwah itu adalah seorang lelaki muslim yang bercakap perkara jahat di dalam masjid, memfitnah masyarakat Islam yang lain.

Menurut Mohd Asri, perkampungan sunnah telah dihadiri beribu-ribu orang di mana ia dirasmikan sendiri oleh Raja Perlis dengan anjuran kerajaan negeri bersama jabatan mufti.

Beliau melahirkan rasa bimbang terhadap kenyataan yang dilemparkan itu kerana ia akan dibawa oleh pengikut-pengikut penceramah berkenaan.

“Dia mari buat ulasan seperti itu memfitnah orang sedangkan dia seorang ustaz yang dikenali ramai. Ringan fitnah itu di mulut dia. Kamu sangka ia ringan di lidah kamu? Di sisi Allah adalah berat.

“Tuduh orang sesat dengan satu perkara yang orang itu tak pernah lakukan dan tak ada siapa dalam kalangan mereka lakukan.

“Saya nasihatkan beliau, kalau ada masalah tentang hal-hal Imam Nawawi atau apa, beliau boleh datang ke Perlis. Saya boleh bagi pentas untuk dia bersama saya berforum,” tambahnya.

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital