"Lampu merah di Imigresen KLIA tanda saya orang dikehendaki"

 Akan menyerah diri selepas 7 hari kuarantin

Namewee atau nama sebenar Wee Meng Chee (Gambar Instagram)


Penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi, Namewee sudah pulang ke Malaysia dan akan menyerah diri di Bukit Aman selepas menjalani kuarantin selama tujuh hari,
FMT melaporkan, berdasarkan catatan Namewee sendiri.

Dalam kenyataan di Facebook, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee berkata, dia dibawa polis dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik melepasi pemeriksaan imigresen.

“Semasa melepasi pemeriksaan imigresen, lampu merah menyala ketika saya memasukkan pasport. Dan ini menunjukkan saya ialah orang dikehendaki.

“Saya kemudian dibawa ke balai polis KLIA, di mana saya ditahan selama dua jam,” katanya.

Namewee ke Taiwan pada Julai tahun lalu dan menghadiri sebuah upacara anugerah muzik, di mana dia dicalonkan untuk anugerah lagu tahunan.

Sebelum ini, Namewee berkata, dia tidak akan menayangkan filem terbarunya bertajuk “BABI” di Malaysia kerana “terlalu ramai ekstremis yang tak tahu malu” di negara ini.

Katanya, dia juga tidak akan memohon mana-mana badan atau pertubuhan di Malaysia menayangkan filem yang mendapat pengiktirafan di luar negara itu.

Sebelum ini, Ahli Unit Penerangan Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan, Mohammad Azwan Azmi membuat laporan polis terhadap Namewee berhubung poster filem berkenaan yang dikatakan menyentuh sensitiviti kaum.

Katanya, laporan polis dibuat kerana poster filem itu mengandungi perkataan “Melayu Bodoh”, “India Keling” dan “Cina Babi”.

Beliau berkata, pihaknya turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat kandungan berkaitan filem tersebut daripada diakses rakyat Malaysia melalui Facebook, YouTube dan Instagram miliknya.


Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital