RAMLAH RAM, PENYANYI BERPROFIL TINGGI DARI MALAYSIA

Kepakaran dan kemahiran vokal Ramlah Ram merangkumi beberapa genre, termasuk Pop, Ghazal, Zapin, Joget, Ballad, Dangdut dan Pop Rock.

Album pertama beliau diterbitkan oleh komposer paling diburu ramai penyanyi pada ketika itu, iaitu Ahmad Nawab dengan judul Sabarlah Sayang pada tahun 1986 dan bintangnya mula 'meledak' pada tahun 1988 menerusi album 'Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) di mana beliau merupakan artis pertama Malaysia meraih jualan album melebihi 300,000 unit. Album terbaik ketika itu juga turut memuatkan lagu 'Apa Khabarmu Di Sana' dan 'Diam Diam Jatuh Cinta'.

Antara lagu hits nyanyian beliau ialah 'Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi' (1989), 'Duri Dalam Cinta' (1990), 'Siapa Yang Bersalah' (1991), 'Madah Dan Karenah' (1992), 'Selamat Jalan Romeo' (1994), 'Keangkuhanmu' (1995), 'Zapin Yang Tinggal' (1998), 'Kasih Tak Berpinggir' (1999), 'Maharaja' (2006), 'Dirgahayu' dan 'Ketentuan' (2007/2008).


Gambar perkahwinan Ramlah Ram dan Kamal Roslim 2000

Ramlah Ram pernah berkahwin dengan jejaka pilihan hati, seorang jurutera penyiaran di RTM, Kamal Roslim pada 3 November 2000. Selepas diijabkabulkan dan bergelar isteri, Ramlah banyak menyepi diri, mungkin kerana komitmen rumahtangga yang baru dibina sehinggalah kemunculan semula beliau menerusi lagu 'Maharaja' pada tahun 2006.

Bagaimanapun, pada tahun 2010, pasangan jurutera-penyanyi ini mengumumkan perpisahan, dengan rasminya bercerai pada 20 Mei 2010. Dari perkongsian hidup selama sepuluh tahun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Penyanyi yang berasal dari Muar, Johor Darul Ta'zim ini juga pernah terlibat dalam bidang lakonan, termasuk filem Buli Balik dan VCD Laukku Cukup Masin.

Di sepanjang kerjaya sebagai penyanyi, Ramlah Ram menjadi rebutan pelbagai syarikat rakaman muzik tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat rakaman yang berjaya menandatangani kontrak dengan beliau adalah Nawab Productions (NP) dari 1986 hingga 1991, Sony BMG (1992-1999), FMC (2006-2012) dan akhirnya beliau menubuhkan syarikat sendiri iaitu Ramlah Ram Group Entertainment (RRG Entertainment) dan menjadi artis syarikatnya sendiri sejak 2012 sehingga kini.

Penampilan Ramlah Ram 1995 dan 2010

Pernah digelar Whitney Houston Malaysia kerana nada tinggi suara vokal beliau iaitu 'F Sharp' adalah setanding diva terkenal Amerika Syarikat itu. Vokal serta penghayatannya ketika menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi telah terbukti sehingga kini dengan beberapa kejayaan di Juara Lagu (1988) dan Hits 1 (2008) dan pernah dicalonkan merebut vokal terbaik di AIM 1995 dan 1998 menerusi album 'Ramlah Ram' dan 'Sekeping Cinta Sehampar Janji'.

Ramlah Ram yang masih jelita

Dalam tahun 2009, nama Ramlah Ram sekali lagi meledak apabila lagu terbarunya Sesaat Kau Datang yang turut menampilkan Kumpulan Sleeq, mendapat sambutan hangat.

Pada masa ini, Ramlah masih mempromosi single beliau yang berjodol Masar Cinta.

Sesaat Kau Datang dan Masar Cinta adalah hasil ciptaan Allahyarham Suzaimi Soaib, seorang personaliti di belakang tabir RRG Entertainment yang banyak menggerakkan kegiatan seni Ramlah Ram.


Berikut adalah senarai pencapaian Ramlah Ram sebagai salah seorang penyanyi terbaik Malaysia.

  • Juara Bintang RTM 1985.
  • Juara Anugerah Juara Lagu 1988 (Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu).
  • Juara Persembahan Terbaik [Anugerah Juara Lagu 1988] – Lagu ‘Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu]
  • Tempat Ke Tiga Juara Lagu 1989 ( Cintaku hanyut Di lautan Sepi )
  • Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1988
  • Anugerah Artis Melayu Pertama menerima 
  • Anugerah Platinum Kembar Lima menerusi Album ‘Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu’ yang terjual melebihi 350,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual hampir 500,000 unit tercatat dalam Malaysia Book of Records
    • Anugerah Album Melayu Pertama ’Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu’mencapai hasil jualan tertinggi sepertimana tercatit dalam ‘Book of Record Malaysia’
    • Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1988 untuk Album ‘Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu’ kerana jualan melebihi 10,000 unit di Singapura sahaja.
    • Tempat Ketiga Kategori Lagu Terbaik, Anugerah Juara Lagu 1989 menerusi lagu Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, ciptaan Dato' Ahmad Nawab dan lirik oleh Juwie
    • Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1989
    • Pencapaian ‘Double Platinum Disc’ pada tahun 1990 untuk Album ‘Cintaku Hanyut Dilautan Sepi’ kerana jualan melebihi 100,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual melebihi 280,000 unit
      • Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1990 untuk Album ‘Duri Dalam Cinta ‘ kerana jualan melebihi 50,000 unit. Album tersebut mencatat sejarah jualan di hari pertama sebanyak 60,000 unit & kini melebihi 100,000 unit
      • Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1991 untuk Album ‘Kau Penawar Segala Dukaku’ kerana jualan melebihi 50,000 unit dan kini album tersebut terjual melebihi 100,000 unit
      • Pencapaian ‘Gold Disc’ pada tahun 1992 untuk album Di Ambang Pintu Kasih kerana jualan melebihi 25,000 unit
      • Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1993 untuk album Di Ambang Pintu Kasih kerana jualan melebihi 50,000 unit
      • Finalist 'Vokal Terbaik Di Dalam Album 
      • (Wanita)' Anugerah Industri Muzik 1993 menerusi album 'Di Ambang Pintu Kasih'
        • Finalist lagu 'Di Ambang Pintu Kasih' melalui pertandingan akhir pujaan 10 Nescafe anjuran RTM (1993)
        • Finalist 'Album Pop Tradisional Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1994 menerusi album 'Dangdut'
        • Finalist Juara Lagu 1994 kategori Irama Malaysia menerusi lagu ‘Selamat Jalan Romeo’
        • Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1994 untuk album Dangdut kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual melebihi 120,000 unit
        • Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1994 untuk album 'Pasti Hitz' kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit
        • Finalist Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Album Anugerah Industri Muzik 1996 menerusi album ‘Ramlah Ram’
        • Pemenang Anugerah ‘Golden Voice’ di Vietnam 1996 semasa mewakili Malaysia ke Pesta Lagu Asean (ASEAN Song Festival)
          • Finalist 'Album Pop Etnik Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1997 menerusi album 'Cinta Di Musim Dangdut'
          • Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1998 untuk album ‘Dunia Dangdut Super Duet’ kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit
          • Finalist 'Album Pop Etnik Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1998 menerusi album 'Sekeping Cinta Sehampar Janji’
          • Finalist Anugerah Juara Lagu 1998 kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif menerusi lagu ‘Zapin Yang Tinggal’ ciptaan Herman Tino
          • Finalist Anugerah Juara Lagu 22 (2007) kategori Etnik Kreatif menerusi lagu ‘Dirgahayu’ ciptaan Raden Sri dan lirik Hairul Anuar Harun
          • Lagu Terbaik, Anugerah Hits Satu anjuran RTM menerusi lagu ‘Ketentuan’ ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh AD Samad
            • Finalist Lagu Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu ‘Dirgahayu’ ciptaan Raden Sri dan lirik oleh Hairul Anuar Harun
            • Finalist Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu ‘Ketentuan’ ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh AD Samad
            • Anugerah Khas anjuran Media Hiburan 2010



Sumber: Wikipedia, beberapa media tempatan dan luar negara; serta dirinya sendiri.

dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia

Facebook Permadu Harmony *Page Permadu Station **Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital