MUFTI BESAR ARAB SAUDI MENGELIRUKAN- AJAK NEGARA ISLAM BERSEKUTU DENGAN ISRAEL
Berita Agama di Arab Saudi (Bahasa Melayu) Mufti Besar Arab Saudi menghalalkan negara Islam bersekutu dengan Israel untuk memerangi Hamas dan Hezbollah Mufti tertinggi negara Arab Saudi Abdelaziz al-Sheikh (gambar atas) berkata dari sudut agama Islam, adalah tidak dibenarkan orang Islam memerangi Israel, demikian OutSyed The Box melaporkan hari ini, Rabu 31 Julai 2019, memetik laporan dari media timur tengah Algerie Focus . Bercakap di stesen radio Arab Saudi, Abdelaziz berkata, orang Islam sepatutnya bersekutu dengan Israel untuk memerangi Hamas dan Hezbollah yang dianggapnya sebagai pengganas. Beliau merujuk kepada pandangan seorang ahli teologi Ibn Taimiyyah yang berpandangan sedemikian dalam kurun ke-13. Menjawab soalan salah seorang pendengar radio, mufti itu berkata orang Islam dilarang menyerang tentera Israel kerana tentera Israel menjaga dan melindungi Masjid al-Aqsa. Abdelazez al-Sheikh menambah, dari sudut agama Islam, umat Islam dilarang berperang den...