PERMAISURI AGONG MIMPI DIPATUK ULAR, 33 TAHUN YANG LALU

Sekitar berita menarik sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Malaysia pada hari ini, Selasa 30 Julai 2019 di Istana Negara, Kuala Lumpur

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kenangan manis dilamar Tengku Mahkota Pahang (kini Yang di-Pertuan Agong) 33 tahun lalu


RAJA PERMAISURI AGONG yang disayangi rakyat jelata, kerana kemesraan dan sifat rendah dirinya, hari ini, Selasa 30 Julai 2019 diberitakan Malaysiakini berkongsi kenangan manis dilamar Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, 33 tahun yang lalu.


Tiga minggu sebelum menerima kehadiran rombongan peminangan dari pihak Istana Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah telah bermimpi baginda dipatuk ular dalam suasana yang sungguh mendebarkan. Di dalam sebuah bilik, baginda didatangi tiga jejaka, salah seorang dari jejaka itu berwajah mirip Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


"Saya memberitahu bonda mengenai mimpi kisah saya dipatuk ular, manakala yang lain saya simpan untuk diri sendiri," kata Tunku Azizah, seperti dipetik Berita Harian.


Menurut kepercayaan orang Melayu, mimpi dipatuk ular membawa maksud akan berkahwin atau menerima pinangan.


Setelah selesai urusan majlis peminangan, Tunku Azizah memberitahu ayahandanya sekiranya peminangan ini semata-mata diatur oleh keluarga kedua belah pihak, dan bukan dari hati Al-Sultan Abdullah sendiri, baginda tidak akan menerima pinangan tersebut.


Namun setelah mendapat tahu, rupa-rupanya Al-Sultan Abdullah sudah lama gundah gulana, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang kerana asyik merindui Tunku Azizah dan menaruh hati terhadapnya, baharulah puteri jelita Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj itu menerima lamaran dari Tengku Mahkota Pahang (kini Yang di-Pertuan Agong).


Ini ditambah lagi dengan penerimaan pinangan dan perkenan ayahandanya yang bertitah, "kata ya ajelah."


Pasangan itu diijabkabulkan pada 6 Mac 1986 manakala majlis persandingan diadakan pada 19 Julai tahun yang sama di Istana Johor mengikut adat istiadat perkahwinan diraja serta dihadiri 8,000 tetamu.


Tunku Azizah merupakan anakanda keempat Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche' Besar Hajah Kalsom Abdullah.



Permadu Malaysia, yang turut mewakili Permadu Harmony Bersepadu dan Permadu Harmony, merafak sembah, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-16 dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Raja Permaisuri Agong, di atas pertabalan baginda, dalam satu majlis gilang gemilang, pada hari ini, Selasa 30 Julai 2019, di Istana Negara Kuala Lumpur.

DAULAT TUANKU



oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +60 11 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain



Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!