MUFTI BESAR ARAB SAUDI MENGELIRUKAN- AJAK NEGARA ISLAM BERSEKUTU DENGAN ISRAEL

Berita Agama di Arab Saudi (Bahasa Melayu)
Mufti Besar Arab Saudi menghalalkan negara Islam bersekutu dengan Israel untuk memerangi Hamas dan Hezbollah


Mufti tertinggi negara Arab Saudi Abdelaziz al-Sheikh (gambar atas) berkata dari sudut agama Islam, adalah tidak dibenarkan orang Islam memerangi Israel, demikian OutSyed The Box melaporkan hari ini, Rabu 31 Julai 2019, memetik laporan dari media timur tengah Algerie Focus.

Bercakap di stesen radio Arab Saudi, Abdelaziz berkata, orang Islam sepatutnya bersekutu dengan Israel untuk memerangi Hamas dan Hezbollah yang dianggapnya sebagai pengganas.

Beliau merujuk kepada pandangan seorang ahli teologi Ibn Taimiyyah yang berpandangan sedemikian dalam kurun ke-13.

Menjawab soalan salah seorang pendengar radio, mufti itu berkata orang Islam dilarang menyerang tentera Israel kerana tentera Israel menjaga dan melindungi Masjid al-Aqsa.

Abdelazez al-Sheikh menambah, dari sudut agama Islam, umat Islam dilarang berperang dengan negara Israel kerana negara itu boleh menjadi sekutu berharga untuk tujuan memerangi pengikut Syiah.

Menurut mufti itu lagi, adalah dibenarkan tanpa ragu-ragu bagi umat Islam meminta pertolongan dari Israel dalam konteks memerangi pertubuhan pengganas seperti Hamas.

Turut dimuat naik, sebuah video memaparkan beberapa pemimpin Arab Saudi dan negara Arab lain sedang menari dengan pemimpin-pemimpin Israel dalam satu majlis di Bahrain.


Penulis blog berprofil tinggi Syed Akbar Ali secara berterus-terang menganggap pandangan mufti tersebut sebagai "bodoh".



oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +60 11 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments


  1. ayo daftarkan diri anda di 4g3n365*c0m :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!