MARUAH MELAYU ISLAM DI MALAYSIA

Rencana Mengenai Melayu Islam Tanpa Prejudis (Bahasa Melayu)

Maruah Melayu Islam tidak semestinya bergantung kepada kuasa politik dan Raja-Raja Melayu

Syed Akbar Ali, tokoh perniagaan, perbankan, pemikir dan penulis blog berprofil tinggi

SETELAH Persekutuan Tanah Melayu, juga dikenali sebagai Malaya, yang kemudiannya bertukar nama menjadi Malaysia (selepas penyertaan Sabah dan Sarawak) mendapat kemerdekaan dari British selama hampir 62 tahun, pencapaian dan maruah Melayu Islam di negara ini masih menjadi persoalan.

Sejak merdeka sehingga 9 Mei 2018, persekutuan ini diperintah satu gabungan parti-parti politik yang diterajui UMNO bernama Perikatan sebelum diberi nama baru, iaitu Barisan Nasional apabila beberapa parti lain turut menyertai gabungan ini.


Jika benar kuasa politik dan Raja-Raja Melayu boleh menjadi penentu untung nasib Melayu Islam, sudah tentu bangsa ini tidak dilihat sebagai warga kelas ketiga dan selalu dipandang rendah oleh orang-orang bukan Melayu dan orang-orang Melayu sendiri! Setelah hampir 62 tahun.

Dan kini mereka jugalah, yang sudah tidak lagi berkuasa, melaungkan dengan penuh emosi berjuang untuk mempertahankan untung nasib orang Melayu dan agama Islam.


Apabila Melayu Islam gagal mencapai kejayaan seperti diharapkan, khususnya dalam bidang ekonomi, gagal berniaga walaupun dibantu dan pencapaian akademik yang rendah, tidak terkecuali dalam mengamalkan nilai-nilai yang dituntut agama Islam, dengan mudah keseluruhan bangsa Melayu Islam dikambinghitamkan dengan pelbagai tanggapan negatif.

Antara nilai-nilai negatif yang sering didengari termasuk orang Melayu pemalas, meminta-minta bantuan, bodoh, kurang usaha, suka cari jalan mudah, susah bayar hutang dan sebagainya.

Kerana banyak nilai-nilai negatif golongan elit Melayu yang hanya 5 peratus, 95 peratus lagi Melayu Islam turut dipersalahkan hanya kerana mereka kurang berjaya dan tidak hidup senang-lenang.


Golongan elit 5 peratus daripada keseluruhan orang Melayu ini kebanyakannya adalah mereka yang ada hubungan persaudaraan atau hubungan rapat dengan Raja-raja atau pemimpin-pemimpin politik yang berkuasa dan memerintah. Ada juga yang menjadi perantara mewakili taukeh-taukeh bukan Melayu.

Pada hari Jumaat, 26 Julai 2019, Syed Akbar Ali, tokoh perniagaan, perbankan dan pemikir terkenal, yang juga penulis buku dan blog berprofil tinggi menulis di blognya, OutSyed The Box. Permadu Malaysia melihat tulisan yang bertajuk Keluar Atau Masuk Gua Telinga ini sangat menarik dan membawa erti yang sungguh mendalam. Sama-sama kita membaca dan menganalisis tulisan yang berbisa ini.

Malayan Union dan Raja-Raja Melayu

" Bahawasanya orang Melayu bersatu hati bangkit menentang Malayan Union (Kesatuan Malaya) pada tahun 1946 yang sekaligus menyelamatkan institusi raja daripada menjadi hamba British hanya separuh cerita sahaja. Raja Melayu telah pun setuju dan menandatangani perjanjian Malayan Union. Seorang daripada mereka telah pun menaiki kapal dan terus pulang ke England, tanah kesayangannya. Hanya jenazah beliau akan ķembali untuk 'disemadikan' di negeri 
asalnya. "
- Syed Akbar Ali

Puteri Raja kekal di England

" Seorang puteri beliau pun akan turut 'kekal' di England dan seperti ayahnya, jenazahnya akan kembali untuk dikebumikan di negeri asalnya. "
- Syed Akbar Ali

Orang Melayu menentang Malayan Union untuk menyelamatkan diri mereka


" Orang Melayu menentang Malayan Union untuk menyelamatkan diri mereka dulu. Raja Melayu adalah 'pelakon tambahan'. Raja Melayu adalah perlu kerana orang Melayu tidak mempunyai hero lain yang boleh bersatu di belakangnya atau yang boleh dijadikan simbol identiti Melayu. Sehingga hari ini bukan semua orang Melayu kenal pun nama kesemua sembilan orang Raja Melayu atau pun nama penuh DYMM YDP Agong. Ramai juga orang Melayu tidak boleh mengenali wajah muka kesemua Raja Melayu yang ada. "
- Syed Akbar Ali

Benarkah pada realitinya orang Melayu berpayung di bawah naungan Raja Melayu?


" Pandangan yang mengatakan orang Melayu 'berpayung' di bawah naungan Raja Melayu lebih untuk mengekalkan identiti Melayu sahaja - pasca Malayan Union sampai sekarang. Dalam abad 21 pula, secara praktiknya institusi Raja Melayu mempunyai kesan yang minimal dalam kehidupan orang Melayu. Baru ini anak muda Melayu dikenakan hukuman penjara kerana menyoal keperluan keseluruhan institusi raja. Hujah beliau yang lantang itu bersandarkan kepada fahaman agamanya. "
- Syed Akbar Ali

Mana hero Melayu?

" Hari ini orang Melayu masih tidak mempunyai hero. "
- Syed Akbar Ali

Kuasa politik Melayu UMNO dan PAS


" Selain daripada identiti Raja Melayu dan sistem keRaja-an, orang Melayu telah bernaung di bawah kuasa politik dan kerajaan yang dikuasai Melayu UMNO selama 63 tahun (dan Melayu PAS di Kelantan selama 30 tahun). "
- Syed Akbar Ali

UMNO telah berjaya melahirkan identiti ekonomi yang baharu untuk orang Melayu


" Dalam zaman 'yang perlu sangat kepada ekonomi' kuasa politik Melayu UMNO telah berjaya melahirkan identiti ekonomi yang baru untuk orang Melayu bernaung di bawahnya. Ini termasuk syarikat korporat gergasi seperti Felda, kumpulan PNB, Maybank, Petronas, Tabung Haji, MAS, Proton dan lain-lain yang memberi orang Melayu keyakinan baru untuk menentukan masa depan sendirì. "
- Syed Akbar Ali

Bermodalkan air liur, PAS berjaya mempengaruhi sebahagian orang Melayu


" Tanpa syarikat atau keilmuan korporat, PAS pula telah menjual agama dan ke-Araban sebagai sumber identiti baru untuk Melayu. Hanya dengan bermodal air liur PAS dapat mempengaruhi orang Melayu di kampong bahawa mereka tidak perlu kepada apa pun kecuali agama dan hudud cap tok guru bagi semua keperluan harìan mereka. "
- Syed Akbar Ali

Keperluan institusi Raja Melayu


" Dengan banyak identiti baru ini, maka berkuranglah keperluan orang Melayu kepada institusi raja sebagai payung identiti Melayu. Sehingga anak Melayu dihukum penjara kerana mengkritik keperluan institusi Raja Melayu. "
- Syed Akbar Ali

Melayu Perkasa masih belum tercapai


" Tetapi walaupun sudah ada begitu banyak 'identiti' baru ini, orang Melayu masih tidak mempunyai 'super hero' dalam diri-diri mereka sendiri. Identiti individu yang bebas, moden, kuat dan perkasa itu belum wujud lagi. Towering Malay atau Melayu perkasa itu masih tidak tercapai. "
- Syed Akbar Ali

Politik UMNO dan PAS tidak mahu orang Melayu bersaing

" Sebenarnya bukan tidak boleh tetapi Melayu tidak dibenarkan menjadi manusia yang boleh berdiri di atas kaki sendiri. Politik UMNO dan PAS tidak mahu mereka menjadi mereka yang boleh bersaing, bebas untuk bersuara dan yang boleh mencari kehidupan dengan sendiri tanpa perlu berbaris di pejabat kerajaan atau pejabat Wakil Rakyat dan tanpa perlu kepada agama, surau dan ustaz. "
- Syed Akbar Ali

Dasar-dasar yang merugikan orang Melayu


"Semua keperluan basic yang boleh menjadikan Melayu gagah perkasa dikawal oleh pemegang kuasa politik dan pemegang kuasa agama. Peperiksaan sekolah dimudahkan, universiti dikuotakan, projek dibumiputerakan, Felda disabsidikan, padi diBernaskan, minyak diPetronaskan, rumah didiskaunkan, agama dijabatankan, kepercayaan dienakmenkan, hidup bermasyarakat dikhalwatkan, muzik dicapkan (haram), penulis digelarkan sesat dan banyak lagi. "
- Syed Akbar Ali

Dasar Ekonomi Baru tidak berdasarkan falsafah ekonomi, laungan Ketuanan Melayu adalah versi awal Malu Apa Bossku


" Kawalan ketat ini diberi nama samaran Dasar Ekonomi Baru oleh pemimpin politik Melayu UMNO, walaupun DEB tidak berdasarkan sebarang falsafah ekonomi atau buku teks ekonomi. Kemudian pasca kekalahan 2/3 di Parlimen, pimpinan politik Melayu UMNO yang sudah nampak kehilangan takhta melaungkan 'ketuanan Melayu'. Sebenarnya semua ini hanyalah versi awal 'Malu Apa Bossku'. 
Versi 1.0. "
- Syed Akbar Ali

Gelagat raja menjadi bahan gabrar tahap warong


" Hari ini pula tunggak-tunggak asas identiti Melayu ini sudah ghaib. UMNO sudah tiada. Kuasa politik Melayu bukan lagi dominan. Felda sudah jadi debu. Tabung Haji bocor tidak boleh dipateri, Proton sudah dilelong, MAS nampak cantik pada ekornya sahaja, minyak (minyak mentah, gas aslì, minyak kelapa sawit)  menghadapi tekanan. Gelagat raja menjadi bahan gabrar tahap warong. Pelakon agama pula kolot dan makin tidak bertamadun. Sebut saja 'Muslim' dan lampu merah akan berputar dan berbunyi di airport di seluruh dunia. Dan sekarang agama telah mengimport penyakit puak dan suku dalam pemikiran Melayu. Sunnah wal Jamaah, Syiah, Salafi, Wahabi, Tareqat semuanya membelah bahagi identiti agama Melayu seperti pizza yang dipotong jadi delapan. "
- Syed Akbar Ali

Identiti suku, puak dan keAraban


" Identiti suku dan puak agama dan identiti Arab dalam agama pun tidak boleh membantu Melayu membentuk identiti  
keMelayuannya. "
- Syed Akbar Ali

Angan-angan dan angau-angau


" Semua ini adalah jerat perangkap. Ketuanan Melayu, berlebihan dalam identiti, agama Melayu, tempat Melayu bernaung, tempat Melayu berpayung, etc etc hanya hujah tanpa putus yang sebenarnya tidak mempunyai pangkalnya pun. Ia hanya kekalkan Melayu dalam khayal, angan-angan dan mungkin juga angau-angau pungguk rindukan bulan. "
- Syed Akbar Ali

Jauh atau semakin jauh


" Jom kita fast forward ke bab terakhir. Segala cita-cita orang Melayu masih nampak jauh. Atau makin jauh. Mungkin tidak akan tercapai. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. "
- Syed Akbar Ali

Penyelesaiannya?


" Apa penyelesaiannya? Apa solutionnya? Ini soalan cepu mas. Dan jawapannya mudah sekali. Jawapannya: Buat sahaja apa yang orang yang sudah berjaya buat. "
- Syed Akbar Ali

Jangan bezakan orang Melayu dan bukan Melayu

" Jangan bezakan diri daripada manusia lain. Kalau Cina membuka kedai pada pukul lapan pagi, orang Melayu pun kena buka kedai pada pukul lapan pagi. Atau pada pukul tujuh pagi. Orang Melayu mesti bersaing. Tidak ada cara lain. "
- Syed Akbar Ali

Tukarlah dasar kalau dasar lama tidak berhasil


" Jangan asingkan diri daripada realiti di persekitaran.  Kalau dasar-dasar yang sudah dibentuk sejak 50 tahun TIDAK BERHASIL atau BERJAYA, tukarlah dasar. Nak tunggu berapa generasi dunggu 
lagi? "
- Syed Akbar Ali

Jangan buat tayar segi empat


" Jangan cuba membuat tayar segi empat (square tyre). Jika negara maju boleh terus maju dengan rahsia keterbukaan (bebas bersuara, beragama, sistem ekonomi bebas, sistem pasaran terbuka) jangan pula orang Melayu mencari rahsia baru dengan mengharamkan kebebasan bersuara, haramkan kebebasan dalam agama, kekalkan sistem ekonomi tertutup atau terkawal dan sistem pasaran tertutup, terkawal, berlesen, ber AP dan sebagainya. Inilah square tyre atau tayar segi empat. Takkan ke mana pun. "
- Syed Akbar Ali

Istilah Arab untuk menghalalkan perbankan

" Jangan jangan cuba mencipta semula roda bulat (reinvent the wheel). Tidak perlulah guna istilah 'Arab' untuk menghalalkan perbankan. Interest rate ditukar menjadi profit rate. Menipu manusia saja. Guna sajalah perbankan konvensional. "
- Syed Akbar Ali

Dewan Bahasa dan Pustaka di luar kawalan meMelayukan istilah-istilah Inggeris


" Tidak perlulah Dewan Bahasa masukkan perkataan Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Original jadi ori. Illusion jadi ilusi. Scientific jadi saintifik. Complex jadi kompleks. Photocopy jadi fotokopi. Secondary jadi sekunder. Cakap sajalah bahasa Inggeris. "
- Syed Akbar Ali

Penguasaan Bahasa Inggeris boleh membuka peluang lebih besar kepada orang Melayu


" Anak muda kita akan mempunyai lebih banyak peluang hidup. Bahasa Melayu tulen jadi perbualan lebih kurang 20 juta orang Melayu seluruh dunia. 250 juta warga Indonesia mempunyai 300 bahasa asli mereka. Bahasa rasmi Indonesia juga membutuhkan bahasa Belanda, dan sekarang Inggeris. Maksudnya bahasa Melayu sangat eksklusif - menjadi pertuturan kurang lebih 20 juta manusia.  Penduduk dunia sekarang menghampiri  LAPAN  BILION  manusia. "
- Syed Akbar Ali

Orang Melayu mesti berada di alam nyata

" Orang Melayu mesti mencampuri, bergaul dengan, menjadi sebahagian dari sistem alam nyata atau the real world di sekitar kita. Sistem alam nyata yang berjaya atau successful yang telah proven membawa kemajuan, keselesaan dan kegembiraan kepada berbilion manusia di atas muka bumi Allah ini. Ikut saja apa 
negara maju buat. "
- Syed Akbar Ali

Ikut acuan sendiri?


" Apa maksudnya 'membuat ikut acuan kita sendiri'? Itu semua hanya cakap kosong oleh orang yang tidak faham apa pun berkenaan apa pun. "
- Syed Akbar Ali

Kek, karipap dan biskut


" Kalau tak pernah bakar kek dalam oven, buat karipap atau biskut habis macam mana pula boleh tahu buat acuan yang lebih baik dan terbaik daripada orang lain yang sudah pun proven keknya sedap, karipapnya first class dan biskut mereka sudah menerokai pasaran dunia? Berlagak besar kepala sahaja, yang lagi besar daripada kepala gajah. "
- Syed Akbar Ali

Penghalang orang Melayu bersaing adalah penderhaka Melayu


" BAGI SAYA SESIAPA YANG MENGHALANG ORANG MELAYU DARIPADA BERSAING  MEREKA ITU ADALAH MUSUH DAN PENDERHAKA BANGSA MELAYU. ORANG MELAYU MESTI BELAJAR BERSAING SECARA TERBUKA TANPA TAKUT ATAU TONGKAT. "
- Syed Akbar Ali

Selamat kembali ke Gua Telinga


" Daya saing atau competition adalah realiti terbesar dalam dunia yang nyata. Kalau orang Melayu tidak bersaing, kalaulah orang Melayu dilindungi, dihalangi, dibuaikan, dipayungi, di'naungi', di'tuankan' daripada bersaing dengan manusia lain, saya ucapkan Selamat Kembali Ke Gua Telinga untuk membuat lukisan baru atas batu. "
- Syed Akbar Ali



 Tulisan berwarna merah di atas adalah petikan dari artikel bertajuk KELUAR ATAU MASUK GUA TELINGA karya Syed Akbar Ali yang disiarkan di blog OutSyed The Box pada Jumaat, 26 Julai 2019

oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +60 11 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments


  1. ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!