Posts

PETANDA KETIGA NAJIB RAZAK BAKAL KEMBALI SEBAGAI PM-9

Image
Krisis kepimpinan Bersatu lemahkan Muhyiddin, perkukuh UMNO dan PAS Mohd Najib Abdul Razak, bekas perdana menteri yang masih berpengaruh. Drama politik kembali lagi minggu ini. Daripada 'pemecatan' pemimpin Bersatu - termasuk pengerusinya yang mengasaskan parti berkenaan - sehingga angka 129 yang tular dan membawa semacam enigma kepada ramai. Daya tarikannya tidak kurang meriah berbanding sinetron ditayang di kaca televisyen. Ia lengkap dengan unsur suspens dan komedi. Dulu Bersatu kelilhatan kompak bersatu untuk menentang Mohd Najib Abdul Razak dan Umno. Kerana itu mereka bersama Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum (PRU) dan membentuk pentadbiran baru. Kini adakah Bersatu sudah berterabur kerana berebut kuasa? Persoalannya, siapakah yang akan mendapat kelebihan daripada pergolakan dalaman Bersatu? Cetusan ini bukannya susah untuk ditafsirkan. Walaupun presiden Bersatu kini menyandang jawatan sebagai perdana menteri, beliau tentu sedar kerusi empuk tapi panas itu ...

BERSATU AKAN PECAT MUHYIDDIN IKUT PERATURAN

Image
Bersatu akan pecat Muhyiddin dalam mesyuarat MPT akan datang parti itu. Setiausaha kerja dipecat dan diganti.  Dr Mahathir berkata beliau masih pengerusi parti itu. Drama semakin suspens. Wan Saiful Wan Jan ketakutan. Dr Mahathir Mohamad bercakap dalam sidang media di ibupejabat Bersatu di Bangunan Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini, Jumaat 29 Mei 2020. KRISIS kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang lebih mesra dengan panggilan manja, Bersatu , sudah menjadi seperti drama bersiri televisyen tempatan, membuatkan penonton menjadi semakin suspens. Ini mungkin kerana para pelakon yang terlibat dalam drama tersebut dapat menghayati watak dengan begitu berkesan sekali, sehingga penonton hanya meninggalkan kaca TV sekejap sahaja semasa selingan iklan. Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berkata dengan tegas bahawa beliau masih memegang jawatan pengerusi parti itu dan akan memecat presidennya Muhyiddin Yassin melalui "proses yang betul". Difahamkan, salah sat...

PH DALAM PROSES AMBIL ALIH KERAJAAN DARI PN

Image
"Bukan soal nombor atau kuasa, walaupun kita sudah ada 129 atau 130 ahli parlimen yang menyokong," Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim berganding bahu sambil mengenepikan perbezaan peribadi. PERSOALAN sama ada Pakatan Harapan mempunyai 129 ahli parlimen di pihaknya, masih dalam proses, dan belum dimuktamadkan, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim . Namun, menurut beliau, perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat ahli parlimen PKR semalam. “Mengenai 129 ahli parlimen, atau 130, ini kita (PKR) tak bincang pasal hal-hal ini masih dalam proses, belum muktamad. “Kita sedang bincang dengan baik, yang penting dalam perbincangan itu bukan soal nombor, bukan soal kuasa. "Kita dah banyak kali berkuasa, yang tidak menumpukan pada mendapatkan nombor atau kuasa. Pergi balik pergi balik jahanam juga kepentingan rakyat,” katanya sesi secara langsung di Facebook, seperti dilaporkan Malaysiakini . Sebaliknya, katanya perbincangan PKR tertumpu pada agenda untuk meningkatkan ekonomi, institu...

ANWAR TOLAK TAWARAN JADI PM

Image
Anwar sering menjadi bahan ketawa. Menyalahkan Anwar seorang di atas tumbangnya Pakatan Harapan adalah tidak adil. Kononnya Anwar Ibrahim hendak sangat menjadi perdana menteri adalah isu yang sengaja dibesar-besarkan pihak tertentu. PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim berkata beliau ditawarkan satu daripada dua kedudukan tertinggi negara jika dirinya menyertai kumpulan yang mengkhianati parti itu, demikian menurut laporan Malaysiakini . Sementara itu, ahli parlimen Port Dickson itu juga menolak spekulasi beliau mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Pada siaran langsung di Facebook hari ini, Anwar berkata jaminan telah dibuat kepadanya sekiranya beliau ingin bergabung dengan pihak berkenaan. "Dalam keadaan sekarang kalau saya mahu, saya boleh pilih untuk menyertai (pihak berkenaan). "Saya dapat jaminan kedudukan lebih baik. Kalau tak, perdana menteri, timbalan perdana menteri ada jaminan," katanya. Bagaimanapun, jelas Anwar beliau perlu membuat pilihan " berdasarkan prinsip ....

KRISIS DALAM BERSATU SATU LAGI PETANDA NAJIB BAKAL PM-9

Image
Peluang cerah Najib Razak jadi PM-9.  Krisis pecat-memecat dalam Bersatu mengalahkan krisis MIC dan PKR.  Lebih memalukan, parti perdana menteri sendiri. Selepas 5 dipecat, Setiausaha Agung pula pecat Setiausaha Kerja yang menandatangani surat pemecatan. BEKAS Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad digugurkan keahlian dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa serta-merta. Selain Dr Mahathir, turut dipecat ialah Mukhriz Mahathir, Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi surat kepada kelima-lima ahli parlimen itu pada Rabu. Muhammad Suhaimi berkata ,keputusan itu dibuat kerana kelima-lima ahli parlimen itu enggan duduk di blok kerajaan ketika sidang Parlimen pada 18 Mei lalu. "Dalam sidang Parlimen pada 18 Mei 2020, YB telah duduk di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yasin m...

NAJIB RAZAK HAMPIR PASTI KEMBALI SEBAGAI PM-9

Image
Najib Razak bossku bakal PM-9 Selain membawa erti gembira, senyuman dan ketawa juga boleh membawa makna ketakutan. KRISIS kesihatan berkaitan virus Corona belum pulih sepenuhnya, ahli-ahli politik sudah tidak sabar untuk menyambung permainan politik yang sedikit terbengkalai.  Seolah-olah prinsip memelihara kepentingan rakyat dan negara mengatasi perkara lain sudah tiada lagi dalam pemikiran ahli politik. Yang ada hanyalah pertempuran demi pertempuran berebut kuasa. Kuasa rakyat hanya terletak pada nama. Kerana ahli politik calon yang menang dalam pilihanraya boleh melompat mengikut rentak para pencatur politik. Bukan pilhan rakyat. Yang bermain politik dengan rakus sekali bukan sahaja di kalangan pembangkang, tetapi juga pemerintah. Pembangkang kata pemerintah yang berusia hampir tiga bulan di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin ini sangat rapuh. Bila-bila masa boleh berkubur. Mungkin benar kata-kata itu. Cuma satu lagi perkara yang mungkin benar juga adalah kerapuhan barisan pembangk...