KRISIS DALAM BERSATU SATU LAGI PETANDA NAJIB BAKAL PM-9
Peluang cerah Najib Razak jadi PM-9.
Krisis pecat-memecat dalam Bersatu mengalahkan krisis MIC dan PKR.
Lebih memalukan, parti perdana menteri sendiri. Selepas 5 dipecat, Setiausaha Agung pula pecat Setiausaha Kerja yang menandatangani surat pemecatan.

BEKAS Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad digugurkan keahlian dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa serta-merta.
Selain Dr Mahathir, turut dipecat ialah Mukhriz Mahathir, Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi surat kepada kelima-lima ahli parlimen itu pada Rabu.
Muhammad Suhaimi berkata ,keputusan itu dibuat kerana kelima-lima ahli parlimen itu enggan duduk di blok kerajaan ketika sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.
"Dalam sidang Parlimen pada 18 Mei 2020, YB telah duduk di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yasin merangkap Presiden/Pemangku Pengerusi Bersatu. Sebaliknya, YB duduk di blok pembangkang," katanya.
Katanya keahlian Dr Mahathir bersama empat ahli parlimen itu terhenti serta merta menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu.
dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony *Page Permadu Station **Audio Visual PermaduTV



Comments
Post a Comment