PH DALAM PROSES AMBIL ALIH KERAJAAN DARI PN

"Bukan soal nombor atau kuasa, walaupun kita sudah ada 129 atau 130 ahli parlimen yang menyokong,"


Thumb b131
Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim berganding bahu sambil mengenepikan perbezaan peribadi.

PERSOALAN sama ada Pakatan Harapan mempunyai 129 ahli parlimen di pihaknya, masih dalam proses, dan belum dimuktamadkan, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Namun, menurut beliau, perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat ahli parlimen PKR semalam.

“Mengenai 129 ahli parlimen, atau 130, ini kita (PKR) tak bincang pasal hal-hal ini masih dalam proses, belum muktamad.

“Kita sedang bincang dengan baik, yang penting dalam perbincangan itu bukan soal nombor, bukan soal kuasa.

"Kita dah banyak kali berkuasa, yang tidak menumpukan pada mendapatkan nombor atau kuasa. Pergi balik pergi balik jahanam juga kepentingan rakyat,” katanya sesi secara langsung di Facebook, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Sebaliknya, katanya perbincangan PKR tertumpu pada agenda untuk meningkatkan ekonomi, institusi negara dan kebajikan masyarakat.

Spekulasi tersebar luas bahawa Pakatan Harapan bersama Dr Mahathir Mohamad, dan Warisan didakwa telah memperoleh 129 anggota parlimen di pihak mereka untuk merampas semula Putrajaya dari Perikatan Nasional.

Semalam, seorang pembantu Dr Mahathir Mohamad menafikan spekulasi mengenai pertemuan bekas perdana menteri itu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari lalu susulan tindakan Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar, manakala Azmin Ali bersama 10 wakil rakyat lain meninggalkan PKR. Semua mereka bergabung dengan Umno, BN dan PAS untuk membentuk PN.

Azmin, semalam, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa PH kini mempunyai sokongan 129 ahli parlimen, sekadar berkata, “kita tidak patut diheret ke satu lagi krisis politik dan dijadikan mangsa hanya kerana seorang yang gila kuasa dan mahu menjadi perdana menteri."

Anwar membalas hari ini, dengan berkata, begitu cara Azmin menepis pengkhianatannya sendiri.

Sementara itu, Anwar ketika diminta mengulas mengenai pemimpin yang sepatutnya diangkat menjadi perdana menteri berkata perkara itu masih dibincangkan, tetapi matlamat utama adalah untuk tidak mengulangi kesilapan masa lalu.

Anwar juga memuji baki 39 anggota parlimen PKR, dengan berkata bahawa beliau mengagumi tindakan mereka yang menolak tawaran untuk menjadi menteri atau pengerusi GLC atas nama prinsip.

Beliau juga mengulangi pandangannya bahawa ahli politik yang sudah menerima gaji dan elaun RM15,000 tidak wajar dilantik menerajui GLC sedangkan ramai di kalangan rakyat yang kehilangan pekerjaan mereka dan bergelut untuk mendapatkan RM1,000.

“Dalam keadaan ekonomi sekarang, apa kata kalau dapat (jawata) GLC, bagi dia elaun RM1,500 sahaja sebulan.

“Tengok dia mahu atau tidak berkhidmat, nak berjuang kerana agama bangsa dan negara, tengok sanggup tidak kita sebagai pemimpin kena bagi contoh baik kepada rakyat,” katanya.

Lebih 30 pemimpin PN telah dilantik menerajui pelbagai GLC sejak PN merampas kuasa pada bulan Mac 2020.





dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir   
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia

Facebook Permadu Harmony *Page Permadu Station **Audio Visual PermaduTV









Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?