TIGA IKON 'PRIME MINISTER' BELI BARANG DAPUR
SAHABAT saya, seorang tokoh perhotelan terkemuka dari Terengganu telah mengirim sebuah artikel menarik dari blog shahbudin.com mengenai tiga orang ahli politik terkenal Malaysia di musim PKP susulan krisis negara Covid-19. Tiga ikon prime minister yang dimaksudkan ialah bakal perdana menteri , bekas perdana menteri dan perdana menteri semasa dilaporkan keluar seorang diri, menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai ketua keluarga membeli barang dapur dan keperluan rumah - di hari berlainan, di pasaraya berbeza dan dengan gaya yang tidak serupa. Anwar Ibrahim Pada Jumaat 27 Mac 2020, Anwar Ibrahim kelihatan membeli barang-barang keperluan di sebuah pasaraya. Najib Razak Pada Sabtu 28 Mac 2020, giliran Najib Razak pula sendirian membeli berbagai barangan. Najib secara sakarstik menulis di akaun Facebook beliau terpaksa memakai topeng muka seperti seorang penyamun. Muhyiddin Yassin Semalam, Ahad 29 Mac 2020, Muhyiddin Yassin tidak ketinggalan...