PENGANALISIS JANGKA COVID-19 SELAMATKAN MUHYIDDIN

Muhyiddin Yassin, perdana menteri Malaysia

A political analyst believes Prime Minister Muhyiddin Yassin’s handling of the Covid-19 crisis will help him win support from grassroots and even MPs who had doubts about him, FMT reported after interviewing three senior academicians.
SEORANG penganalisis politik percaya kaedah yang digunakan perdana menteri Muhyiddin Yassin menangani krisis Covid-19 akan membantu beliau memenangi sokongan akar umbi, malah turut mempengaruhi ahli-ahli parlimen yang mencurigainya, demikian laporan FMT setelah menemubual tiga tokoh akademi kanan di negara ini.
Azmi Hassan, pensyarah kanan
Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia’s Azmi Hassan notes that Muhyiddin has been saying and doing the right things during the crisis.
Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berpendapat Muhyiddin telah menyatakan dan melakukan perkara-perkara yang betul ketika sedang menghadapi krisis.
In announcing the government’s RM250 billion stimulus package on Friday, Azmi said, Muhyiddin had demonstrated that the government was doing its best to help everyone across the board.
Ketika mengumumkan pakej rangsangan kerajaan bernilai RM250 bilion, Azmi berkata, Muhyiddin telah menunjukkan bahawa kerajaan melakukan yang terbaik untuk setiap orang tanpa batasan.
“I think his speech helps subside the feeling of hopelessness. I think Muhyiddin is the person the people want to hear from now due to his capability,” he said.
"Saya rasa ucapan beliau membantu mengurangkan rasa putus asa. Saya rasa Muhyiddin adalah pemimpin yang ingin didengari rakyat mulai sekarang di atas kewibawaannya," kata Azmi.
Azmi said Muhyiddin’s reassurance that his government cared for all – even though it was not the government people voted for – was important given the perception over the legitimacy of the Perikatan Nasional administration.
Azmi berkata jaminan berulang Muhyiddin bahawa kerajaannya mengambil berat terhadap semua - walaupun ia bukan kerajaan yang diundi rakyat - adalah penting mengambil kira persepsi berkaitan kesahan pentadbiran Perikatan Nasional.
“That particular line stresses that even though the government is different from the GE14 results, the Perikatan Nasional government is capable of managing the nation at time of crisis, and the stimulus package demonstrates that,” he said.
"Ungkapan ayat itu sendiri menekankan bahawa sungguhpun kerajaan yang memerintah berbeza dari keputusan PRU14, kerajaan Perikatan Nasional berwibawa menguruskan negara pada masa krisis, dan pakej rangsangan itu membuktikannya," katanya.
That excerpt of Muhyiddin’s speech has been widely shared on social media, with some users voicing their appreciation for Muhyiddin’s message and acknowledgment of the political scenario.
Petikan ucapan Muhyiddin telah dikongsi secara meluas di media sosial, dengan sebahagian pengguna menyuarakan penghargaan terhadap mesej Muhyiddin dan penerimaan baik dalam senario politik sekarang.
Azmi said while Muhyiddin had a razor-thin margin of support when he took over as prime minister, his handling of Covid-19 “will change things”.
Azmi berkata walaupun Muhyiddin mendapat sokongan tipis semasa mengambil alih jawatan perdana menteri, cara beliau menangani Covid-19 "akan merubah segalanya".
Sivamurugan Pandian, ahli akademik kanan Universiti Sains Malaysia

Universiti Sains Malaysia analyst Sivamurugan Pandian said Muhyiddin’s comprehensive speech drove home his point that no one will be left behind.
Penganalisis dari Universiti Sains Malaysia Sivamurugan Pandian berkata ucapan panjang lebar Muhyiddin mengena sasarannya apabila beliau berkata tiada sesiapa yang akan tercicir di belakang.
“For him, he’s the prime minister for everyone regardless of your religion, ethnicity, gender or political beliefs,” he said.
"Baginya, dia adalah perdana menteri kepada setiap orang tanpa mengira agama, bangsa, jantina atau kepercayaan politik," kata Sivamurugan.
He said even those who had criticised Muhyiddin were giving him credit for his leadership.
Lebih ketara, katanya, mereka yang mengkritik Muhyiddin selama ini turut memuji kepimpinannya.
"We can’t stop people from politicising or playing politics, even during this crisis, but Muhyiddin will sail through because he addressed the core issues related to daily needs and demands of everyone.
"Kita tidak boleh menghentikan sesiapa mempolitikkan (sesuatu perkara) atau bermain politik, apatah lagi semasa krisis ini, tetapi Muhyiddin akan berjaya melepasinya kerana beliau memberi tumpuan kepada isu-isu pokok berkaitan keperluan dan permintaan setiap orang.
The best that others can do now is to work with him as a team regardless of whether they are opposition, activists or anyone,” he said.
"Yang terbaik orang lain boleh lakukan ialah bekerjasama dengan beliau sebagai satu pasukan tanpa mengira samada mereka pembangkang, aktivis atau sesiapa sahaja," katanya.
Lee Kuok Tiung, pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah

Lee Kuok Tiung from Universiti Malaysia Sabah said while the stimulus package may not be perfect, as some critics had pointed out, Muhyiddin did try to cover as many sections of society as possible.
Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata meskipun pakej rangsangan itu mungkin tidak sempurna, seperti diutarakan sesetengah pengkritik, (sekurang-kurangnya) Muhyiddin telah cuba merangkumkannya untuk sebanyak seksyen masyarakat yang beliau boleh.
Muhyiddin’s handling of the crisis, he said, had given him the opportunity to come out of former prime minister Dr Mahathir Mohamad’s shadow.
Cara Muhyiddin mengendalikan krisis ini, katanya, telah memberi beliau peluang untuk keluar dari bayangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
“His political enemies will still attack him once the Dewan Rakyat meets, even though I think he has won over many people,” he said.
"Musuh-musuh politik beliau akan terus menyerangnya bila Dewan Rakyat bersidang, walaupun saya fikir beliau telah berjaya memenangi hati sebilangan besar rakyat," kata Lee Kuok Tiung.


Berdasarkan laporan FMT pada hari ini, 
29 Mac 2020

Suntingan dan Terjemahan 
Permadu Malaysia

dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?