PENJENAMAAN SEMULA TEMERLOH
AHLI Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/EXCO Negeri Pahang Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin memberitahu Permadu Malaysia bahawa daerah Temerloh kini sudah melalui penjenamaan semula sebagai TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri / EXCO
|
![]() |
YB. Dato' Sri Haji Mohd.Sharkar Bin Haji Shamsudin, SSAP., SIMP., DSAP., DIMP.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang.
- Dari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang itu berkata demikian awal pagi kelmarin sebagai respons kepada sebuah rencana Bahasa Inggeris bertajuk "PATIN FISH CITY IS NOW VERY QUIET - Sharkar dan Temerloh berpisah tiada" yang disiarkan Permadu Malaysia pada 26 Mac 2020.
Menurut Mohd Sharkar, jenama Bandar Ikan Patin sudah tidak lagi digunakan dan ianya telah diambil alih oleh jenama baharu yang semakin mendapat perhatian ramai.
Lanchang, satu kawasan dalam daerah Temerloh, secara geografi terletak paling tengah dalam persempadanan seluruh Semenanjung Malaysia.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Pahang bagi kawasan Lanchang selama lima penggal sejak 1999, bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Permadu Malaysia kerana menyiarkan berita berkaitan Temerloh.
Jemaah Editorial Permadu Malaysia mengambil kesempatan di sini memohon maaf kerana terlepas pandang dan kekhilafan yang tidak disengajakan.
dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpeliharahubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV







Comments
Post a Comment