TIGA IKON 'PRIME MINISTER' BELI BARANG DAPUR
SAHABAT saya, seorang tokoh perhotelan terkemuka dari Terengganu telah mengirim sebuah artikel menarik dari blog shahbudin.com mengenai tiga orang ahli politik terkenal Malaysia di musim PKP susulan krisis negara Covid-19.
Tiga ikon prime minister yang dimaksudkan ialah
bakal perdana menteri,
bekas perdana menteri
dan perdana menteri semasa dilaporkan keluar seorang diri, menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai ketua keluarga membeli barang dapur dan keperluan rumah - di hari berlainan, di pasaraya berbeza dan dengan gaya yang tidak serupa.
bakal perdana menteri,
bekas perdana menteri
dan perdana menteri semasa dilaporkan keluar seorang diri, menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai ketua keluarga membeli barang dapur dan keperluan rumah - di hari berlainan, di pasaraya berbeza dan dengan gaya yang tidak serupa.
Pada Jumaat 27 Mac 2020, Anwar Ibrahim kelihatan membeli barang-barang keperluan di sebuah pasaraya.
Pada Sabtu 28 Mac 2020, giliran Najib Razak pula sendirian membeli berbagai barangan. Najib secara sakarstik menulis di akaun Facebook beliau terpaksa memakai topeng muka seperti seorang penyamun.
Semalam, Ahad 29 Mac 2020, Muhyiddin Yassin tidak ketinggalan membeli barangan di sebuah pasaraya. Sambil membeli, kata Muhyiddin, beliau ingin melihat orang ramai mengamalkan penjarakan sosial (social distancing) berukuran satu meter antara satu dengan yang lain.
Shahbudin Husin, penulis blog berpengaruh menulis dan menyiarkan artikel berkenaan bertajuk "Siapa Boss, Siapa Lebih Berpengaruh?" pada 29 Mac 2020.
dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpeliharahubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV




Comments
Post a Comment