SEBUAH DAERAH BERNAMA TEMERLOH (Bahagian 1)
Temerloh, indah dan tenteram (kompilasi foto Zafiyah Hussain) (Versi Bahasa Malaysia) TEMERLOH adalah satu daerah yang terletak di dalam negeri Pahang, sebuah negeri di Semenanjung Malaysia. Setakat ini belum ada cerita yang menyakinkan bagaimana tempat ini mendapat nama tersebut. Ada andaian mengatakan di zaman dahulukala orang-orang Minangkabau mengembara membuka kawasan untuk menetap di tempat itu. Apabila tiba, mereka dapati orang-orang asli sedang lena tidur di siang hari. Istilah "mereloh" yang membawa erti tidur mengilhamkan mereka menamakan tempat itu sebagai Temerloh. Daerah ini menjadi lokasi strategik kerana kedudukannya di tengah antara Kuala Lumpur (ibu negara Malaysia) dan Kuantan, ibu negeri Pahang. Jarak dari Kuala Lumpur ke Temerloh adalah 130 kilometer melalui Lebuhraya Karak bersambunģ dengan Lebuhraya Pantai Timur. ...sebahagian dari bandar Temerloh Pemanduan berhemah jalan darat dari Kuala Lumpur mengambil masa dua jam, dari Kuan...