TEO NIE CHING: PUTERI JELITA DARI KULAI



Teo Nie Ching, timbalan menteri pendidikan
(kompilasi foto Zafiyah Hussain)

(Versi Bahasa Malaysia)

TEO NIE CHING adalah timbalan menteri pendidikan Malaysia yang baharu. Beliau juga merupakan ahli parlimen Kulai di negeri Johor Darul Ta'zim.
ahli parlimen Kulai

Lahir pada 27 Januari, 1981, beliau adalah seorang ahli politik dari Parti Tindakan Rakyat (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan pemerintah, Pakatan Harapan. Teo Nie Ching juga memegang jawatan Setiausaha Antarabangsa dalam DAP. Beliau mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Pendidikan pada Julai 2018 di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.
Berucap di hadapan penyokong

Nie Ching menamatkan pendidikan sekolah menengah sekolah tinggi jenis kebangsaan Cina di Batu Pahat, Johor. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran akademik melalui program berkembar dan berjaya memperolehi ijazah undang-undang dari University of the West of England dalam tahun 2002.
...penggubal undang-undang yang bergaya

Setelah mendapat ijazah dari universiti, beliau bertugas sebagai pustakawan (kakitangan perpustakaan) di United Kingdom serta menjelajah ke seluruh Eropah. Dalam tahun 2004, beliau menerima sijil sebagai pengamal undang-undang dari Universiti Malaya.
...mengenakan selendang merah jambu dan baju kurung kuning berbunga

Dalam pilihanraya umum 2008, Nie Ching dicalonkan bertanding di kawasan parlimen Serdang di atas tiket DAP. Beliau memenanginya dengan menewaskan calon Barisan Nasional, Hoh Hee Lee dengan majoriti 21,025 undi. Beliau memperolehi 47,444 undi berbanding calon lawan yang hanya mendapat 26,419 undi.
Setiausaha Antarabangsa DAP

Dalam pilihanraya umum 2013, bertukar tempat ke negeri Johor, di kubu kuat BN, Kulai dan berjaya menewaskan calon lawan, Tay Chin Hein dengan majoriti 13,450 dari 43,338 undi.

Dalam pemilihan semula DAP 2017, Teo Nie Ching berjaya mendapat 1,080 undi lalu dilantik sebagai Setiausaha Antarabangsa dalam parti tersebut.

Dalam pilihanraya umum 2018, ahli politik berusia 37 tahun itu dipilih semula sebagai ahli parlimen Kulai di Johor. Beliau berjaya menundukkan dua calon lawan, Tang Nai Soon (BN-MCA) dan Juwahir Amin (PAS) dengan majoriti 32,748 dari 55,312 undi.

Gan dan Teo, bagai pinang dibelah dua

Dalam tahun 2011, Teo Nie Ching mengakhiri zaman daranya apabila beliau mengikat tali perkahwinan dengan jejaka pilihan hati. Suami Nie Ching, Gan Saw Chien, seorang doktor perubatan juga merupakan bekas rakan persekolahannya.
ibu yang penyayang, biarpun di parlimen

Ibu kepada dua anak lelaki dan seorang anak perempuan ini adalah seorang peguam mengikut profesion.



Oleh Fauzi Kadir
Permadu Harmony/Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hak Cipta Fauzi Kadir 2018

Hubungi Kami
+60 11 1185 9874 Whatsapp
E-mel ke permadu@gmail.com

Semua gambar dari kompilasi
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country