Penyanyi Wanita Malaysia Kesepian Di Kamar



(Edisi Bahasa Malaysia)

KESEPIAN DI KAMAR INI adalah sebuah lagu nyanyian penyanyi berprofil tinggi, Rohana Jalil dari Malaysia.
Rohana Jalil Kesepian Di Kamar Ini

Sebagai penyanyi yang pernah menjuarai Bintang RTM, satu pertandingan berprestasi tinggi, Rohana Jalil telah membuktikan bahawa beliau berkebolehan menyanyi lagu yang berbeza dari kebiasaannya. Lagu rancak yang  menggunakan rentak berkonsep aggressive rock ini bersifat experimental.
Rohana mampu menyanyikan lagu di luar kebiasaannya

Ianya merupakan satu luahan rasa sedih dengan cara yang bertentangan. Lagu ini berada di pasaran di awal tahun 1994 dan mendapat sambutan sederhana.

Permadu Music, satu bahagian dalam Permadu Malaysia merancang untuk menerbit dan merakam semula lagu ini tahun hadapan.


         Penyanyi....Rohana Jalil
                 Lagu....Kesepian Di Kamar Ini
              Album....Jangan Main Mata
                Label....NSR
        Hak Milik....EMI/Universal Music
        Hak Cipta....Fauzi Kadir
          Penerbit....J.Jay
       Komposer....Fauzi Kadir
                 Lirik....Fauzi Kadir
              Tahun....1994
Rohana Jalil, penyanyi & penghibur


KESEPIAN DI KAMAR INI

Di malam dingin hujan turun satu-satu
Jatuh ke bumi gersang dan merah
Aku di kamar ditemani kesedaran
Menyelimuti kedukaan ku

Ku ditinggalkan kekasih hati yang telah pergi

Mimpikah hujan membasahi ku
Di kala awan berwarna biru
Memudar jadi kelabu menusuk kalbu

Suara hujan sayup terdengar
Cahaya bulan lemah memancar
Bumi menangis bagai pengemis dahaga
Inikah cinta yang indah kita agungkan

Kehidupan ku diserang kesengsaraan
Datang dan pergi silih berganti
Satu persatu kedinginan mendatangi
Ku kesepian di kamar ini



Oleh Fauzi Kadir
Permadu Harmony/Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hak Cipta Fauzi Kadir 2018

Hubungi Kami
+60 11 1185 9874 Whatsapp sahaja
E-mel: permadu@gmail.com

Penghargaan
Universal Music
NSR

Persembahan video
oleh Norizan Moez

Fotografi
dari kompilasi foto Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country