Rasuah akibatkan Malaysia terpaksa pamer kapal buruk, usang di LIMA, Langkawi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani plak Perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai Nasional di Mildef Technologies Sdn Bhd (Mildef), Sendayan hari ini.
Gambar Bernama

Astro Awani melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa segan apabila Malaysia terpaksa mempamerkan kapal perang lama dari tahun 1976 dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) kerana ketiadaan aset baharu.

Beliau berkata, ia menjadi bahan sindiran antarabangsa dan mencerminkan kelemahan dalam sistem perolehan pertahanan negara walaupun kerajaan membelanjakan jumlah besar untuk sektor itu.

“Atas faktor ketiadaan kapal boleh dipamerkan, kita terpaksa masukkan kapal lama tahun 1976, kecil sekali dan bergerak perlahan. Saya tabik semangat anak kapal, tetapi lihat kapal tahun 1976, maaf saya singgung, ketika itu saya di Kamunting lagi.

“Sebagai negara yang mencatat pembangunan dan pertumbuhan yang membanggakan, perolehan kita sangat lemah walaupun belanja tinggi. Seperti mana yang kita tahu, baik LCS dan lain-lain, kapal tak sampai, jadi bahan lucu bertahun-tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai Mildef International Technologies Sdn Bhd, di Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan, hari ini, Sabtu 23 Ogos 2025.

Anwar menegaskan, kerajaan kini tidak boleh lagi mengulangi kesilapan lalu, sebaliknya memastikan perolehan pertahanan lebih telus dan bebas daripada amalan rasuah serta komisen berlebihan.

“Sejarah perolehan kita tidak membanggakan, ia sering menjadi ruang untuk ejen dan syarikat mengaut keuntungan berlebihan. Amalan bobrok ini mesti dihentikan,” ujarnya.

Perdana Menteri turut memberi peringatan keras susulan pendedahan penglibatan anggota badan risikan tentera dalam aktiviti penyeludupan.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai pengkhianatan terhadap negara.

“Saya tidak boleh bayangkan orang yang dilatih mempertahankan negara sanggup melakukan kecurangan seperti ini. Malaysia tidak boleh mudah memaafkan pengkhianatan seperti itu,” katanya.

Anwar menambah, kerajaan kini memberi tumpuan kepada rundingan perolehan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G) bagi mengelakkan kos melambung akibat campur tangan ejen.

“Bila rundingan Perdana Menteri dengan Presiden, kos boleh turun. Bila runding dengan ejen, kos melambung. Jadi sedapat boleh, runding terus kerajaan dengan kerajaan,” katanya lagi.

Dalam masa sama, beliau menyatakan sokongan kepada syarikat tempatan, Mildef yang kini berupaya mengeluarkan kereta perisai sehingga menarik minat negara jiran seperti Indonesia.

“Kita sudah capai tahap di mana pengeluaran kita boleh masuk pasaran luar tetapi mesti terus dengan penyelidikan, tatakelola bersih dan hentikan penyelewengan,” ujar beliau.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap kelemahan lama dalam industri pertahanan, sambil memberi jaminan peningkatan perbelanjaan untuk sektor itu dibuat atas dasar keperluan dan keselamatan negara.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital