Perbualan antara peminta sedekah dan pemberi sedekah

Seorang lelaki berjalan melalui kaki lima setiap hari untuk pergi bekerja di mana ada seorang peminta sedekah yang sentiasa duduk di situ.

Setiap kali melalui kaki lima, lelaki kacak dan baik hati itu menghulurkan wang sebanyak RM2 kepada peminta sedekah berkenaan. Ianya berterusan selama setahun.

Selepas setahun, tiba-tiba lelaki itu menghulurkan RM1.50 sahaja setiap hari.

Dalam hati lelaki itu berkata, "Sekurang-kurangnya lebih baik daripada tidak bersedekah langsung."

Setahun lagi sudah berlalu dengan sedekah sebanyak RM1.50 setiap hari, sedekah lelaki itu kepada peminta sedekah berkurang lagi kepada RM1.00 sahaja setiap hari.

"Apa dah jadi?" tanya peminta sedekah itu kepada lelaki itu.

"Mula-mula awak beri saya RM2 setiap hari. Kemudian turun kepada RM1.50 dan sekarang turun lagi kepada seringgit sahaja. Apa masalah awak?"

"Begini," lelaki itu menjelaskan, "anak lelaki sulung saya masuk kolej melanjutkan pelajaran tahun lepas. Yuran kolej terlalu mahal, jadi saya terpaksa kurangkan perbelanjaan. Tahun ini pula, anak perempuan saya masuk universiti, jadi saya terpaksa mengurangkan lagi perbelanjaan saya."

"Err.. awak ada berapa orang anak?" peminta sedekah itu bertanya.

"Empat," jawab lelaki itu.

"Beginilah," kata peminta sedekah,"saya cadangkan awak tidak lagi merancang menghantar semua anak awak melanjutkan pelajaran, sehingga saya pula terpaksa menanggungnya."

Lelaki itu agak bingung sebelum berlalu dari situ.


Adaptasi dan terjemahan dari sebuah kisah yang dikongsi oleh rakan Facebook kami pada 28 Julai 2025 yang lalu.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital