Nak membodek pun, agak-agaklah wahai Pemuda PKR
Kes rasuah perlombongan Sabah berbelit menjadi macam skrip filem Tamil
Mungkin tidak salah jika bertujuan untuk mengumpan
Pemuda PKR mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap ahli perniagaan Albert Tei yang didakwa cuba mengelak hukuman dengan berselindung di sebalik status sebagai “pemberi maklumat” (whistleblower).
Menurut laporan Malaysiakini hari ini, Ketua Penerangannya, Encik Danish Hairudin menyifatkan Tei sebagai “pemberi rasuah terbesar” yang kini cuba melindungi diri dengan mendedahkan maklumat mengenai pihak lain.
“Albert Tei sendiri mengakui bahawa dia telah memberi rasuah dalam jumlah besar dan seterusnya membocorkan maklumat kononnya sebagai bukti.
“Namun, hakikatnya dia cuba melepaskan diri daripada hukuman. Memberi rasuah secara besar-besaran, kemudian tampil sebagai ‘whistleblower’ bukanlah satu keberanian, tetapi satu bentuk pengkhianatan terhadap undang-undang dan nilai integriti negara.
“Orang yang menyalakan api tidak boleh berlagak sebagai penyelamat daripada kebakaran,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Tei sebelum ini mendedahkan skandal perlombongan Sabah dan mengeluarkan kenyataan tajam terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia menolak dakwaan Anwar yang menyifatkan keterangannya terhadap enam Adun sebagai khabar angin, sebaliknya menegaskan sudah menyerahkan lebih 300 muka surat dokumen, bukan sekadar video.
Anwar ketika di Dewan Rakyat menjelaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya boleh mendakwa dua Adun — Andi Muhammad Suryady Bandy (Tanjung Batu) dan Yusof Yacob (Sindumin) — kerana tuduhan terhadap enam Adun yang lain tidak kukuh.
“Lapan (Adun) dikaitkan liputan video itu. Tapi apabila SPRM lihat, kes mesti kuat untuk didakwa. Saya tak campur tapi saya tanya kenapa dua (didakwa)?
“Itu alasan mereka. Mereka ambil kes yang substantive in facts and law untuk pendakwaan. Kalau tak substantive dengar dari video saja, tak boleh (dakwa di mahkamah),” kata Anwar pada sesi soal jawab Perdana Menteri, Selasa lalu.
Betul ke cakap awak Danish? Tiada pilih kasih? Tiada pendakwaan terpilih?
Danish dalam kenyataannya menegaskan Anwar serta Kerajaan Perpaduan sentiasa konsisten menegakkan prinsip keadilan dan ketelusan dengan memastikan tiada seorang pun kebal daripada undang-undang, sama ada ahli politik, pegawai kerajaan atau taikun korporat
“Perdana menteri mewarisi negara dengan hutang besar dan institusi yang lemah akibat puluhan tahun rasuah serta salah guna kuasa, namun dalam tempoh singkat dia telah menunjukkan iltizam untuk menegakkan undang-undang tanpa pilih kasih.
“Rakyat tidak boleh diberikan gambaran bahawa pemberi rasuah boleh terlepas hanya dengan membocorkan maklumat. Prinsip reformasi yang diperjuangkan perdana menteri menuntut keadilan menyeluruh. Pemberi dan penerima rasuah mesti dihukum sama rata,” katanya.
Dia turut mengingatkan agar rakyat menolak cubaan melemahkan kerajaan dengan mengeksploitasi isu ini untuk kepentingan politik.
“Kerajaan Madani sedang berusaha memulihkan negara daripada kerosakan akibat rasuah lampau.
“Oleh itu, komitmen perdana menteri dan pentadbirannya dalam memerangi rasuah mesti terus didokong.
“Rakyat berhak melihat keadilan ditegakkan secara menyeluruh, tanpa ruang untuk sesiapa mempermainkan sistem perundangan,” kata Danish.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment